Ditegur Ker4p Tay4ng Mesra Lepas Kahwin, Netizen Per4san YouTuber N4mpak Lain?

Sebelum ini, nama YouTuber terkenal Ria Ricis menjadi sebutan ramai apabila dilihat sakan menari sewaktu hari perkahwinannya bersama pemuda dari Aceh iaitu Teuku Ryan. Lebih-lebih lagi dengan imej menutup aurat wanita tersebut yang juga merupakan adik kepada pendakwah popular, Ustazah Oki Setiana Dewi.

Berita soal pamer kemesraan dah sampai kepada Ria Ricis dan Ryan…Selalu usik mengusik manja

Semenjak berkahwin, Ria dan juga pasangannya terbuka menampilkan kemesraan di khalayak ramai. Susulan itu, ramai yang tampil menegur selebriti berkenaan untuk tidak terlalu mempamerkan kebahagiaan terutamanya di sosial media kerana disifatkan berlebihan. Meskipun sudah bergelar pasangan suami isteri, namun menurut mereka tidak semua perkara boleh ditayang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam content ini Ria Ricis berubah drastik…Di balik ketawa dia, ada rasa sedih yang disembunyikan

Selepas itu, ramai mengakui mula perasan dengan perubahan pada rakaman terbaru yang dikeluarkan oleh Ria. Pasangan suami isteri tersebut kelihatan seperti mengelak untuk bermesra berlebih-lebihan sama seperti sebelum ini.

Bagi pasangan dah bernikah, kemesraan memang sesuatu yang halal…Tapi tak semua boleh tunjuk

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang suka memberikan kecaman pada pasangan berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga mengambil kesempatan untuk memberikan kata-kata semangat kepada Ria dan juga Ryan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:TikTok lala97_, ricisabangtr1,ryanricis1311

Be the first to comment on "Ditegur Ker4p Tay4ng Mesra Lepas Kahwin, Netizen Per4san YouTuber N4mpak Lain?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*