Bila Ernie Zakri & Syamel Tunjuk Bakat Lakonan…Comel!

Pasangan sejoli, Ernie Zakri dan Syamel sememangnya cukup terkenal dengan bakat nyanyian mereka. Ernie Zakri dengan lagu Ku Bersuara memang menonjolkan suaranya yang luarbiasa merdu. Manakala Syamel juga tidak kurang hebatnya. Antara lagu popularnya adalah Lebih Sempurna, Kau Pun Sama, Takkan Terlerai dan banyak lagi.

Malah menerusi lagu Aku Cinta juga memaparkan duet mereka turut menaikkan nama Ernie Zakri dan Syamel dalam industri hiburan tanah air. Paduan vokal yang cukup sepadan dan power! Berikut antara lagu yang pernah Syamel cover dan dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Let me “#Dive right into you” ya 😘

Siaran dikongsi oleh #WIRADIHATI (@syamel_official) pada

Biarpun begitu, terbaru Ernie Zakri berkongsikan satu video mereka membuat video TikTok. Menerusi video tersebut kelihatan Ernie Zakri dan Syamel tunjuk bakat jadi Anjali dan Rahul. Dua watak ini wujud dalam sebuah filem Bollywood terkenal Kuch Kuch Hota Hai.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rahul ni memang suka tipu kalau main congkak! @syamel_official 😡 #KuchKuchHotaHai

Siaran dikongsi oleh @ erniezakri pada

Walaupun hanya miming, namun bakat lakonan kedua penyanyi ini boleh tahan juga ya! Lagi-lagi mimik muka mereka yang cukup menjadi itu. Video Ernie Zakri dan Syamel tunjuk bakat jadi Anjali dan Rahul ini meraih lebih 172 ribu tontonan dan 44 ribu likes.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti terhibur dengan video mereka ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Kenapa rasa nak campak papan congkak tu kat rahul awak ni ernie?? Hahahha”

“Hahah Kak Ninie pandai berlakon. Geram je tengok muka tu”

“Selalu bergaduh nanti akhirnya kawin..orang tua cakap laaaa…”

Sumber: Instagram Ernie Zakri via HCL

Be the first to comment on "Bila Ernie Zakri & Syamel Tunjuk Bakat Lakonan…Comel!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*