“Steady La…”- Achey Jadi ‘Runner’ Hantar Masakan Isteri

Seorang runner atau penghantar pesanan bukanlah satu kerjaya yang asing lagi dalam dunia kini dan perkerjaan berkenaan juga sem4kin menjadi pilihan ramai bagi menambah pendapatan seharian mereka dengan menjadi ia sebagai kerja part time.

Walau bagaimanapun, servis runner dalam menghantar barang malah dapat membantu ramai orang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bagi mengurangkan pergerakan dalam langkah membendung wab4k C0vid-19.

Seperti yang semua ketahui, memandangkan dengan keadaan kini ramai memerlukan khidmat membeli dan menghantar barang keperluan. Itu jugalah yang dilakukan oleh pelawak dan penyanyi terkenal, Achey.

Achey menerusi laman Instagram peribadinya meluahkan rasa syukur apabila mendapat pesanan kek pishang. Difahamkan, kek pishang yang dihantarnya itu merupakan masakan isterinya, Anne.

Achey jadi ‘runner’ hantar produk sendiri

Dalam pada masa yang sama, dia turut mengatakan bahawa dia menghantar sendiri pesanan produknya itu. Walau bagaimanapun, ujarnya dalam menghantar produk berkenaan membuatkan dirinya berkongsi perasaan untuk membayangkan abang-abang rider yang dipuji cekal dalam menghantar produk makanan.

“Alhamdulillah… tq pada yang order kek pishanggg! Pishangg dah ni… hantar produk sendiri je ni, bayangkan abang-abang rider kita yang cekal hantar produk makanan korang. Pergh tabik lah…”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah…. tq pada yang order kek pishanggg !… pishanggg dah ni.. hantar produk sendiri je ni.. bayangkan abg2 rider kita yang cekal hantar produk makanan korang perghh tabik lah… p/s terpaksa pinjam beg kawan kita.. beg kita lum sampai…😂.. vf3i tak mengecewakan yehaaa… #dapurrempit #kekpishanggg

Siaran dikongsi oleh achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) pada

Achey menerusi posting berkenaan juga memberitahu dirinya ‘tabik’ kepada penghantar pesanan dimana ianya merupakan satu pekerjaan yang tidak semudah disangka.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen posting Achey jadi runner itu turut membuatkan netizen memujinya selain perkongsian berkenaan meraih lebih 60 ribu tanda suka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Achey via HCL

Be the first to comment on "“Steady La…”- Achey Jadi ‘Runner’ Hantar Masakan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*