Alif Satar Kongsi Foto Bila Sudah Tua, Ada Yang Kata Makin Kacak!

Selepas lagu Damba CintaMu nyanyian bersama Raihan mendapat perhatian ramai, Alif Satar seorang penyanyi, pelakon dan pengacara baru-baru ini berkongsikan pula foto dirinya bila sudah tua menerusi laman sosialnya.

Nama Alif Satar cukup dikenali ramai kerana sikapnya yang humble dan bakatnya yang diperakui oleh ramai peminat figura ini. Namun begitu baru-baru ini Alif Satar berkongsikan satu foto yang memaparkan dirinya kelihatan sudah tua membuatkan ramai tertarik.

Perkongsian foto dengan kapsyen yang berbunyi nasihat, “Atuk nak pesan…#BelumMenangLagi selamat berpuasa semua” itu telah mendapat perhatian ramai.

Berikut adalah foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya itu:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Atuk nak pesan…. #BelumMenangLagi Selamat berpuasa semua..

Siaran dikongsi oleh Alif Satar™️ (@alifsatar) pada

Biarpun nampak tua, namun tidak banyak beza raut wajah Alif Satar nampaknya ya! Perkongsian Alif Satar ini telah meraih lebih 12 ribu likes dari netizen. Rata-rata rakan selebriti dan peminatnya meningg4lkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Ape ni tok makin tua makin handsome”

“Confirm ni jadi atuk drama TV3 lagi 30 tahun”

“Dah macam seiras pelakon datuk Sidi Oraza”

Sementara itu, dalam perkembangan lain muzik video nyanyian Alif Satar bersama Raihan dalam Damba CintaMu kini telah pun meraih hampir satu juta tontonan sejak dimuatnaik beberapa hari lalu. Buat sesiap yang belum dengarkannnya bolehlah ‘layan’ di Youtube rasmi Alif Satar.

Sumber: Instagram Alif Satar via HCL

Be the first to comment on "Alif Satar Kongsi Foto Bila Sudah Tua, Ada Yang Kata Makin Kacak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*