Lara Alana Cuba Cakap Bahasa Melayu Pula, Ayat Last Menarik Perhatian Netizen

Mengajar dan membiasakan anak-anak untuk bertutur dalama Bahasa Inggeris bukan sahaja dapat membantu mereka meluaskan pemikiran tetapi juga dapat membuka peluang yang lebih cerah dalam akademik, di mana mereka akan berupaya menimba dan berkongsi ilmu dalam skala antarabangsa.

Namun ada segelintir ibu bapa yang terlalu mementingkan bahasa asing sehingga mengetepikan bahasa ibunda, menyebabkan anak-anak tidak fasih berbahasa Melayu.

Situasi ini bukan sahaja akan membuatkan bahasa Melayu semakin hilang ditelan zaman, malah anak-anak juga akan tidak dapat menjiwai semangat patriotisme apabila mereka tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan. Oleh itu penguasaan bahasa kebangsaan juga perlu dititik beratkan.

Lara Alana, puteri sulung kepada pasangan pengacara Scha Alyahya dan Awal Ashaari adalah antara bintang kecil popular yang lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dalam video-video yang dikongsikan di laman Instagram kanak-kanak itu, Lara sentiasa bercakap dalam Bahasa Inggeris sehingga netizen tertanya-tanya jika anak kesayangan SchAwal itu boleh berbahasa Melayu.

Untuk mendapatkan jawapan, baru-baru ini Awal telah berkongsikan sebuah video di mana Lara cuba untuk berbahasa Melayu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Okay lah, since ramai sangat yang mintak video Lara cakap melayu.. at least Lara cuba kan? kan? kannnnnn?

Siaran dikongsi oleh Lara Alana Ahmad (@laraalanaa) pada

Kanak-kanak itu memberi contoh-contoh ayat seperti “Apa tu?”, “Adik nak kucing”, “Papa nak susu”, dan “kakak nak makan”.

Namun ayatnya yang terakhir adalah paling ‘win’ apabila dia berkata, “Lara nak adik”, membuat Awal berdekah dan Scha terkejut. Video lucu itu diakhiri dengan muzik Robert B. Weide.

Ayat spontan Lara tentu sekali membuat netizen dan rakan artis geli hati. Mana tidaknya, mungkin dia sendiri tidak faham apa maksud permintaannya itu.

Sumber: Lara Alanaa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Lara Alana Cuba Cakap Bahasa Melayu Pula, Ayat Last Menarik Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*