Tun M letak jawatan Perdana Menteri.. Dan Presiden Parti Bersatu Umumkan Sesuatu

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, surat berkenaan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengah hari tadi.

Dr Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini.

Perkembangan ini susulan keputusan beberapa parti politik yang mengadakan mesyuarat masing-masing sejak awal pagi dan semalam.

Terkini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti berkenaan keluar Pakatan Harapan (PH).

Dr Mahathir adalah antara pengasas dan Pengerusi BERSATU yang juga Pengerusi PH.

Terdahulu, PKR memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin sebagai ahli parti atas ‘pengkhi4natan terbuka’ yang dilakukan mereka.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, dengan pemecatan itu, secara autom4tik jawatan Timbalan Presiden yang disandang Mohamed Azmin dan Zuraida sebagai Naib Presiden turut terlucut.

Menurutnya, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira peranan dua menteri itu sebagai ‘watak utama’ mencetuskan ketidakstabilan politik negara.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment on "Tun M letak jawatan Perdana Menteri.. Dan Presiden Parti Bersatu Umumkan Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*