Video Anak Bunga Cinta Lestari M3raung Buat Ramai Turut Sedih

Semalam Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang lagi selebriti iaitu Ashraf Sinclair. Arwah yang juga suami kepada artis Indonesia, Bunga Cinta Lestari menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi semalam akibat serangan jantung ketika tidur.

Pemergiannya bukan sahaja diratapi ahli keluarga malah ramai rakyat Malaysia dan Indonesia turut merasakan sedih dengan berita ini.

Di laman sosial ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga dan teman rapat dan mendoakan semoga Bunga Cinta Lestari tabah menghadapi ujian ini.

Selain itu ada juga yang memuatnaik video BCL ketika di pusara arwah suaminya.

Juga satu video di mana bapa kepada arwah Ashraf Sinclair mengucapkan terima kasih kepada Bunga Cinta Lestari kerana telah menjaganya selama ini turut menjadi perhatian ramai.

Malah ada juga yang turut berkongsikan beberapa video di saat pemakaman arwah yang berlangsung petang semalam. Salah satunya rakaman di mana anak Bunga Cinta Lestari atau BCL bersama arwah Ashraf, Noah yang tidak dapat menahan sedih dengan pemergian bapanya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sekitar pengebumian Ashraf Sinclair. Suasana pilu dan sedih untuk semua keluarga dan kenalan. Al-Fatihah. 😢 Credit: @volasinthia

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Rata-ratanya turut menumpang sedih dan tidak mampu menahan sebak apabila anak Bunga Cinta Lestari yang masih kecil ini meraung kesedihan atas pemergian bapanya.

Sementara itu turut dikhabarkan Bunga Cinta Lestari telah menempah liang lahat buat dirinya bersebelahan dengan pusara arwah suaminya itu.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga BCL. Al-Fatihah…

 

 

Sumber: Twitter / Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

 

Be the first to comment on "Video Anak Bunga Cinta Lestari M3raung Buat Ramai Turut Sedih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*