[Video] Natizen terhibur tonton DYMM Sultan Johor masak

SEMEMANGNYA, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dikenali dengan sikap baginda yang mesra dan berjiwa rakyat. 

Terbaharu, melalui perkongsian di laman Facebook, baginda berkongsi satu video memasak nasi goreng istimewa khusus untuk rakan-rakan baginda.

Gelagat baginda yang melucukan turut menggamatkan rakan-rakan yang turut berada di dapur berkenaan.

Malah, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan terhibur dan teruja dengan keletah baginda.

Di akhir video itu, baginda berseloroh, tidak akan memasak lagi jika rakan-rakan mengatakan nasi goreng istimewa berkenaan tidak sedap.

Ia sekali gus mengundang ketawa rakan-rakan di dapur berkenaan.

Video di Facebook Sultan Ibrahim itu mendapat lebih 55,000 Likes hanya dalam masa dua jam selepas dimuatnaik ke laman sosial itu.

 

Sumber : Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "[Video] Natizen terhibur tonton DYMM Sultan Johor masak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*