“Siapa Jad4h Ni? – Diva AA Tak Kenal Juara AJL34, Ini Jawapan Naim Daniel !

Pengacara sensasi, Azwan Ali sekali lagi mencuri perhatian netizen di laman sosial.

Menerusi laman Twitter, Azwan mend4kwa dia tidak mengenali pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), Naim Daniel.

“Sapa jad4h ni? Sumpah Diva AA tak kenal! Tak heran pun setakat retis sangk4k negara? Semak stage kunun juara? Pok*m*kkkk ko lah!” tulis Azwan dalam satu kicauan.

Tidak berdiam diri, Naim membalas kicauan terbabit.

“Salam Uncle Azwan, sayalah “JADAH” yang support Uncle Azwan ketika PRU 14 pada tahun sudah.

“Saya sedar masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dalam industri ini. Semoga Uncle Azwan dipeluuk cinta Allah sentiasa. Aamiin,” tulis Naim.

Dalam kicauan yang sama, Naim turut memuat naik dua keping foto ‘screen shot’ dia menyokong dan memuji semangat yang Azwan tampilkan ketika pengacara itu menjadi calon Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung dua tahun lalu.

Terdahulu, Naim mengungguli AJL34 dengan bergelar juara menerusi lagu Sumpah yang diciptanya bersama Omar K.

 

Sumber : Gempak/Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

 

 

Be the first to comment on "“Siapa Jad4h Ni? – Diva AA Tak Kenal Juara AJL34, Ini Jawapan Naim Daniel !"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*