D3rita Fad Bocey di Jepun sehingga tidur pun tak lena dikongsi isteri, semoga selamat sampai di Malaysia

Seperti suatu mimpi buruk buat dua sahabat Fad dan Achey Bocey apabila dikhabarkan kepada mereka bahawa teman akrab mereka Abam Bocey kembali ke Rahmatullah.

Lebih memilukan apabila Fad yang kini berada di Jepun kerana sedang bercuti dengan keluarga tidak dapat menatap wajah sahabatnya kerana masih berada di negara matahari terbit itu.

Disebabkan pemergian Abam juga, Fad seakan tidak senang duduk di Jepun apabila kelihatan sedih dan gelisah menanti waktu untuk mereka sekeluarga pulang ke Tanah Air.

Sebentar tadi, isteri Fad telah memuat naik perbualannya dengan isteri Achey menerusi aplikasi Whatsapp apabila menyatakan rasa takut ketika bangun daripada tidur kerana pada hari pemergian Abam, mereka mendapat berita pada awal pagi.

Syaheeraa Rahman turut memuat naik gambar suaminya Fad yang tidak boleh tidur dan dalam keadaan resah sehinggalah tertidur di luar bilik memikirkan mengenai sahabatnya yang telah pergi.

Buat masa ini, Fad dan keluarga sudah berada di lapang terbang di Jepun bagi perjalanan pulang ke Tanah Air bagi menuju ke pusara Abam.

Semoga urusan Fad dan keluarga dipermudahkan agar dapat menziarahi pusara Abam dan juga menyantuni keluarganya di kediaman pelawak itu.

 

Sumber : Fad Bocey, Syaheraahman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! Sinar Viral Press

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Be the first to comment on "D3rita Fad Bocey di Jepun sehingga tidur pun tak lena dikongsi isteri, semoga selamat sampai di Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*