Tak sangka rupanya dah 2 bulan berpisah dengan Amar. Akhirnya bekas isteri kedua Amar Asyraf tampil bongkarkan cerita sebenar.

ISTERI kedua kepada pelakon Amar Asyraf iaitu Vivi Jeffry mendedahkan dia sudah dilepaskan t4lak tiga oleh suaminya secara bersemuka ‪pada 4 November‬ tahun lalu. Bagaimanapun Vivi berkata sehingga kini Amar masih berdiam diri dan enggan bekerjasama untuk menguruskan proses perpisahan mereka di mahkamah.

“Ya, Amar sudah melepaskan saya dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu dan lafaz itu dibuat secara bersemuka. Saya sudah lama mendiamkan perkara ini sebab ingatkan nak selesaikan secara senyap-senyap.

“Tapi lain pula jadi apabila dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampai sekarang malah dia juga telah menyekat saya daripada daripada menghubunginya. “Memang sehingga kini saya tak dapat langsung nak hubungi dia. Jadi tak ada cara lain, saya nak mengambil peguam untuk bantu menguruskan proses perpisahan ini” kata Vivi kepada mStar.

Sebelum ini, seorang wanita bernama Ellika Azman mendedahkan dia hampir berkahwin dengan Amar namun perancangan itu gagal selepas mengetahui aktor tersebut mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua

Menerusi laporan mStar ‪pada 11 Oktober‬ tahun lalu, isteri kedua Amar iaitu Vivi tampil membuka mulut dan mengaku mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu. Kata Vivi, dia menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain menyedari statusnya sebagai isteri kedua.

Dalam pada itu, Vivi yang bekerja sebagai penerbit di sebuah stesen TV ini berharap Amar tampil memberi kerjasama dan menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. “Sebenarnya saya sudah reda dengan takdir rumah tangga kami jadi seperti ini dan saya kesian juga dengan dia. Sejujurnya saya tak simpan pun perasaan marah atau dendam terhadapnya.

“Apa yang saya nak hanyalah Amar tampil untuk menguruskan proses perpisahan itu dengan segera. Supaya saya pun boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa,” ujarnya. Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan pengesahan Amar gagal apabila panggilan telefon tidak berangkat. Amar mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya,Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian. – SUMBER

Akhirnya isteri kedua Amar Asyraf munculkan diri – “Ibu selalu cakap, kita jangan buka aiib suami”

Vivy mengaku sudah berkahwin dengan Amar Asyraf beberapa tahun lalu. ISTERI kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivi Jeffry akhirnya tampil membuka mulut dan mengaku sudah berkahwin dengan aktor itu beberapa tahun lalu.

Vivi berkata dia menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain sedar dengan statusnya sebagai isteri kedua. “Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga.

“Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan reda dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah. “Ibu saya selalu cakap, kita jangan buka aiib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana

pun sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri,” katanya secara eksklusif kepada mStar pada Jumaat. Ellika Azman dedah hubungan dengan Amar Asyraf. Pada Khamis, seorang wanita bernama Ellika Azman membuat pendedahan hampir berkahwin dengan Amar,

namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua. Dalam pada itu, Vivi yang juga bekerja sebagai penerbit di sebuah stesen TV ini berkata, isteri pertama Amar iaitu Arna Salleh mengetahui tentang perkahwinan tersebut.

“Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki.”- VIVY JEFFRY, Isteri kedua Amar Asyraf. Biarpun tidak pernah bertemu, namun mereka hanya berhubungan menerusi telefon sahaja.

Kata Vivy, keluarga dan kawan rapat turut mengetahui tentang perkahwinan tersebut. “Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah berjumpa. Selama ini kami hanya berhubung menerusi telefon sahaja.

“Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya juga mengetahui semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya memilih hanya berdiam diri saja selama ini,” ujarnya. Amar sedang menyelesaikan masalah ini dengan isterinya Arna Salleh.

Amar ketika dihubungi mStar pada Khamis memberitahu dia dan isterinya, Arna dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangganya tanpa campur tangan pihak luar. Amar yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka mendirikan rumah tangga dengan Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.

SUmber mstar

 

Be the first to comment on "Tak sangka rupanya dah 2 bulan berpisah dengan Amar. Akhirnya bekas isteri kedua Amar Asyraf tampil bongkarkan cerita sebenar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*