Tak Sangka Suara Sedap Dan Comel Mawar Rashid Cover Dance Monkey

Nama seorang pelakon wanita, Mawar Rashid kini sering mendapat perhatian gara-gara lakonannya dalam drama yang kini ditayangkan di TV berjudul TQ Captain. Selepas melahirkan anaknya tahun lalu, Mawar Rashid giat menghasilkan video buat channel YouTube miliknya sendiri. Biarpun begitu, beberapa hari lalu, figura ini turut menghasilkan cover Dance Monkey dan telah meraih perhatian ramai.

Mengikuti trend terkini, Mawar juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan video nyanyian lagu ini. Video berdurasi satu minit 33 saat itu dikongsikannya melalui laman Instagram milik pelakon ini sendiri.

Menerusi video tersebut, kedengaran Mawar memberitahu waktu ketika rakaman itu dilakukan sudah jam 1 pagi dan dia hanya berpakaian baju tidur serta menyarung jaket.

Selain itu melalui ruangan kapsyen, dia menulis ini adalah percubaan kali pertama Mawar Rashid cover Dance Monkey. Malah lirik pun masih belum diingati.

Berikut adalah video yang dikongsikan olehnya itu:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lyrics pun tk ingat lagi. Hhaha. Nak post full tapi malu. So ni cut2 version. Btw that’s my sister @indri.rashid 💕 love you kkk. Ok bye. Perlu ke mawar upload full video? Atau buat baru je bila dah hafal lyrics? Hahahha

Siaran dikongsi oleh MAWAR RASHID (@mawarashid) pada

Video ini telah meraih lebih 74,000 tontonan sejak dimuat naik 8 jam yang lalu. Rata-rata pengikutnya di Instagram memuji suara Mawar Rashid cover Dance Monkey ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Lagu ni femes betul. Tapi tak suka penyanyi ori punya suara. Yang cover camni lagi power….”

 

“Sedap suara Mawar”

“Alaa sedapnya suaraa dengan rentak lagu pun kena eh”

 

“Sedap suara Mekwa”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di 

Sumber:  Mawar Rashid via KLPRESS

 

Be the first to comment on "Tak Sangka Suara Sedap Dan Comel Mawar Rashid Cover Dance Monkey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*