“Tengah Mencari Jodoh..”- Kini Sendiri, Nazim Othman Cari Pasangan Bijak Dan Tak Banyak Karenah

Pelakon, Nazim Othman ada meluahkan perasaan bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram, baru-baru ini.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman yang kini berstatus duda memaklumkan bahawa dia kini sedang mencari pasangan hidup.

Dalam pada itu, bintang drama bersiri Suri Katriana ini turut berharap ditemukan dengan pasangan hidup yang bijak, matang dan berdikari.

“Tengah mencari jodoh buat diriku yang kesendirian. Kalau ada kenal sesiapa yang baik, tak banyak karenah, bijak, matang & independent.

“PM tepi. Kita plan nak kawen tahun ni,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Di samping itu, peminat turut mendoakan agar Nazim dipertemukan jodoh yang baik dan berbahagia selalu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tengah mencari jodoh buat diriku yang kesendirian. Kalau ada kenal sesiapa yang baik, tak banyak karenah, bijak , matang & independent.. PM tepi. Kita plan nak kawen tahun ni. 💌 ( 📸 – @nurhafizhosman )

Siaran dikongsi oleh nazimothman (@nazimothman) pada

 

Terdahulu, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally pada 10 September 2016.

Bagaimanapun, keduanya bercerai pada 2 Mei 2018.

Menerusi entri terkini, bintang ini turut meluah perasaan sama perihal pasangan hidupnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: VIRAL KAMI PRESS

Be the first to comment on "“Tengah Mencari Jodoh..”- Kini Sendiri, Nazim Othman Cari Pasangan Bijak Dan Tak Banyak Karenah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*