Kali Terakhir Abang Yazit Pergi Menonton Konsert Aku, Luahan Awie Wings Sentuh Jiwa Netizen

Kali Terakhir Abang Yazit Pergi Menonton Konsert Aku, Luahan Awie Wings Sentuh Jiwa Netizen 😞😞😒

Sejarah penglibatan penyanyi Awie dalam industri hiburan memang cukup panjang. Awie dan Wings cukup sinonim. Namun bagi peminat tegar pastinya mereka tidak lupa penyanyi rock lagenda ini pernah bersama kumpulan Search.

Untuk rekod, Awie pernah menyertai kumpulan Search pada tahun 1998 dan muncul satu album bertajuk Bikin Wilayah setelah penyanyi utama mereka ketika itu, Amy meninggalkan kumpulannya Search.

Jodoh Awie bersama kumpulan Search tidak panjang di mana pada 2001 beliau kembali bersama kumpulan Wings yang kekal sehingga kini.

Meskipun begitu, kemunculan Awie bersama angggota Search melakukan persembahan bersama di pentas pastinya menjadi memori indah bukan sahaja kepada peminat malah kepada Awie sendiri.

Disebabkan itu Awie sentiasa menghargai perhubungan setia kawan yang pernah terjalin dengan anggota kumpulan Search termasuk pemain drum, Yazit yang baru sahaja pergi menghadap sang pencipta semalam.

Dalam status yang dimuatnaik di akaun peribadi Instagram milik beliau, Awie telah mengucapkan takziah dan mendoakan arwh Yazit sambil berkongsi satu gambar yang cukup menyentuh perasaaan ramai terutama sekali peminat-peminat kumpulan Search.

” Kali terakhir arwh Abg Yazit pergi menonton konsert aku, konsert laksamana metal di pwtc. Abg Yazit dalam kenangan. We miss u bang. Aku doakan kau tenang dan happy disana bang. Al fatihah..”

Demikian tulis Awie, cukup ringkas namun penuh bermakna. Rata-rata peminat memahami perasaan kerinduan Awie terhadap arwh Yazit memandangkan mereka pernah beraksi bersama di atas pentas sebagai sebuah kumpulan

Awie atau Datuk Azhar Othman, mengakui terkesan dengan kehilangan pemuzik berkaliber itu, namun lega sudah melaksanakan tanggungjawab membantu meringankan beban ketika hayat arwh masih ada.

Beliau turut berharap, semua pihak dapat melupakan kisah sedih kehidupan pemain dram disegani ramai itu, sebaliknya terus mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan keluarganya.

β€œ Saya kehilangan insan yang saya anggap sebagai abang. Dia antara individu paling rapat dengan saya dalam industri hiburan tanah air.

β€œ Sudah pasti di luar sana ramai yang sedih dengan kehilangan legenda yang dianggap ikon dan pencetus muzik rock Malaysia,” katanya.

Terdahulu Awie merupakan antara individu yang sangat mengambil berat dan menghulurkan bantuan sewaktu Yazit terlantar skit.

β€œ Kami Wings memang berminat untuk membantu, niat kami tidak sama dengan mereka (Search). Waktu mereka berbalah, saya ibarat berada di tengah-tengah antara pihak yang di sana dan Yazit”, kata Awie yang dipetik berkata ketika memulakan usahanya untuk membantu Yazit.

Malah Awie sendiri pernah menegur tndakan Amy Search yang didkwa mengabaikan kebajikan Yazit. Amy bagaimanapun menafikan perkara itu dan tidak menyalahkan Awie kerana faham Awie cuma dengar dari sebelah pihak. Amy kemudian turut menjelaskan situasi sebenar.

Namun itu cerita lama. Difahamkan Amy dan anggota Search lain akan duduk berbincang untuk membantu keluarga Allahyarham.

Alfatihah buat Allahyarham Yazit Ahmad.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.Β 

Sumber : IG Awie

 

 

Be the first to comment on "Kali Terakhir Abang Yazit Pergi Menonton Konsert Aku, Luahan Awie Wings Sentuh Jiwa Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*