Puteri Afzan kejuvtkan Saya Dan beritahu… Saya seedlh, marrah dan terus aktifkan Twitter

“Tidak ada niat saya supaya mereka itu ditangkap polis. Saya sendiri beritahu pihak istana untuk beritahu polis jangan ambil tindakan. 😉👍

KURANG 24 jam selepas mendedahkan punca baginda menyahaktifkan akaun Twitternya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Mainumah Iskandariah mengejutkan ramai pengguna media sosial itu pagi Sabtu.

Tunku Azizah akhirnya aktif kembali di Twitter.

Menerusi tweetnya pagi Sabtu, Tunku Azizah meluahkan rasa kecewa sebaik mengetahui polis menahan beberapa individu yang dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat di Twitter terhadap baginda baru-baru ini.

“Afzan kejut saya tadi “mama polis tangkap 2 orang!” Saya sedlh, marah dan terus aktifkan Twitter.

Antara tweet Tunku Azizah pagi Sabtu.

“Tidak ada niat saya supaya mereka itu ditangkap polis. Saya sendiri beritahu pihak istana untuk beritahu polis jangan ambil tindakan.

“Saya ulang lagi, saya deactived bukan kerana mereka,” katanya.

Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah adalah salah seorang anakanda baginda.

Jelas Tunku Azizah lagi, baginda menyahaktifkan Twitternya bukan kerana komen-komen negatif itu, sebaliknya disebabkan alasan peribadi.

“Namun hari ini saya amat sedlh polis menahan individu-individu tersebut.

Tunku Azizah bersama Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sejak bertahun-tahun, suami saya tidak pernah membuat sebarang laporan polis mengenai perkara buruk dikatakan terhadap kami… ini negara bebas,” katanya.

Malah Tunku Azizah meminta orang ramai supaya bertenang.

Chill people… like my daughters always tell me… Chill mama, whenever i’m upset.

“Walaupun selama ini saya dan suami dikeji, dituduh, dihentam dan dimaki hamun dalam cari.com. Kami berdua tidak pernah buat polis report.

“Dan saya tak pernah sedlh malah ketawa bila baca… kerana Allah tahu saya siapa!” tulisnya.

Tunku Azizah ‘bersuara’ sebab nyahaktif Twitter – “Bukan kerana saya kecewa,sedlh atau marah dengan komen mereka”

‘KEHILANGAN’ Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam dunia Twitter kerana menyahaktifkan akaun laman sosialnya pada Rabu akhirnya terjawab.

Tunku Azizah yang memiliki akaun Twitter @cheminahsayang bagaimanapun menafikan keputusan baginda itu disebabkan oleh komen negatif segelintir netizen.

Please, saya menyahaktifkan akaun saya bukan kerana saya kecewa, sedlh atau marah dengan komen-komen mereka. Saya tidak baca mahupun menyedari perkara itu,” katanya menerusi paparan skrin yang dimuat naik di halaman Facebook House of Pahang, petang Jumaat.

Dipercayai ia merupakan komen baginda bagi mengulas punca penyahaktifan akaun Twitter tersebut.

Tanpa mengulas lanjut, Tunku Azizah menulis bahawa keputusannya tersebut dibuat atas sebab-sebab peribadi.

“Ia tiada kaitan dengan posting-posting berkenaan… saya ada sebab-sebab peribadi,” tulis baginda memberi pencerahan mengenai penyahaktifan akaun Twitter baginda sejak Rabu.

Tulisan Tunku Azizah bagi mengulas mengenai penyahaktifan akaun Twitternya.

Dalam pada itu, baginda turut menyeru semua pihak bertenang berhubung komen-komen negatif tersebut, tanpa perlu membuat sebarang laporan polis.

Netizen pada Khamis melancarkan kempen dengan tanda pagar #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Tunku Azizah mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya @cheminahsayang.

Ia tiada kaitan dengan posting-posting berkenaan… saya ada sebab-sebab peribadi

TUNKU AZIZAH

Akaun Tunku Azizah ‘hilang’ dari radar Twitter bukan sahaja menggemparkan netizen, malah mengundang hiba khususnya buat pengikut baginda di laman sosial.

Kemunculan Tunku Azizah menerusi laman Twitternya yang mempunyai lebih 235,000 pengikut itu ternyata menjadi fenomena.

Kemunculan Tunku Azizah menerusi laman Twitternya ternyata menjadi fenomena.

Sementara itu, Firdaus Asraf salah seorang pemuda yang mengeluarkan kata-kata biadab terhadap Tunku Azizah tampil membuat permohonan maaf, pada petang Khamis.

Tindakan itu dipercayai dilakukan selepas individu terbabit menerima kecaman warga maya.

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun, seandainya Raja Permaisuri Agong membaca warkah ini, patik memohon segala keampunan tuanku dan patik bersedia mengadap tuanku untuk memohon maaf seandainya Raja Permaisuri Agong berkenan menerima patik.

“Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong. Patik yang merendah diri, Firdaus Asraf,” katanya.

mstar

 

Be the first to comment on "Puteri Afzan kejuvtkan Saya Dan beritahu… Saya seedlh, marrah dan terus aktifkan Twitter"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*