“Kerana Prebet Lapok” AR Badul tak sangka ini sebab dorong Mejar Mohd Zahir Untuk jadi tentera masuk komando

[VIDEO] “Kerana Prebet Lapok” AR Badul tak sangka ini sebab dorong Mejar Mohd Zahir jadi tentera masuk komando

PELAKON AR BADUL berbangga dengan semangat dan keberanian anaknya, Alla@hyarham Mejar Mohd Zahir Armaya menyertai pasukan tentera demi untuk berbakti kepada negara.

Reda dengan pemergian arwah, Badul berkata dia tidak menyangka anaknya itu mempunyai daya keta@hanan yang tinggi sehingga berjaya menganggotai pasukan komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK).

“Ramai orang bergurau dengan mengatakan anak saya minat untuk menjadi anggota tentera selepas dia menonton lakonan saya dalam filem Prebet Lapok.

Lakonan Ar Badul dalam Filem Prebet Lapok

“Tapi sejujurnya saya memang tak sangka dia akan jadi komando. Tiba-tiba sahaja dia jemput saya untuk hadir ke perbarisan tamat latihan.

“Walhal fizikalnya biasa sahaja, namun tak sangka dia mampu mengharumkan nama keluarga dengan pencapaiannya,” kata AR Badul kepada mStar.

Prebet Lapok adalah filem lakonan AR Badul bersama Allahyarham Datuk Aziz Sattar yang ditayangkan pada 1979.

AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Arman Ramlie, 70, ditemui di Masjid Muhamad Al-Fateh Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

“Allahya@rham seorang suami yang sempurna” – Isteri Mejar Mohd Zahir

Isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya berkata, beliau dapat menatap foto yang dihantar buat kali terakhir oleh Alla@hyarham ketika sedang bersarapan sebelum sesi demonstrasi berlangsung di kem tentera itu.

“Dia pergi ke sana pada 26 Ogos dan dijangka balik esok. Dia cuma hantar WhatsApp kepada saya gambar dia tengah makan lepas itu saya tidak dengar apa-apa berita.

“Saya hendak tahu juga apa tindakan seterusnya yang pihak tentera akan buat, tapi saya tahu Allahyarham meni1nggal dunia ketika dalam latihan sebab dalam kerja dia. Suami saya memang minat tentera dia juga seorang sharp shooter, minat dia memang mene3mbak dalam ketenteraan,” katanya.

Hasil perkahwinan lebih setahun bersama Allahyarham, Nour dan Mohd Zahir dikurniakan seorang cahaya mata berusia 6 bulan.

Allahyarham juga meninggalkan empat orang anak hasil daripada perkahwinan sebelum ini.

“Saya redha dengan pemergian dia dalam pakaian dan uniform kerja dia. Seorang bapa yang sangat penyayang memang perfect untuk anak-anak dan isteri, sepanjang perkahiwnan saya memang tidak satu pun salah daripada dia.” kata Nour menggambarkan keperibadian Allahyar@ham suaminya.

sumber: mstar, astro awani 

 

Be the first to comment on "“Kerana Prebet Lapok” AR Badul tak sangka ini sebab dorong Mejar Mohd Zahir Untuk jadi tentera masuk komando"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*