“Dia tanya plastik ke?…” – Tercicir Tudung Tak Masuk Beg, Tuan Badan Tebal Muka Jumpa Pelanggan

Haha konfiden tu yang penting 🤣😂

KISAH seorang wanita yang terpaksa memakai plastik merah di kepala sebagai pengganti kepada tudung menjadi jenaka warga maya.

Foto serta kisah lucu wanita dikenali sebagai Ija Zaza itu mula menjadi tular setelah ia dikongsi di Twitter oleh rakannya.

Mesra disapa Jai, wanita berusia 28 tahun itu berkata, kejadian berkenaan berlaku beberapa hari lalu sewaktu dia mahu bertemu pelanggannya.

“Masa tu hujan, tudung basah. Saya nak pergi hantar barang (COD) kepada pelanggan. Barang pula tertinggal kat rumah. Masa nak keluar balik tu, nak tukar tudung tak sempat, jadi saya ambil tudung lain dan letak dalam beg. Tak perasan pula tercicir. Masa nak tukar tudung dalam kereta, saya baru perasan tudung yang saya ambil tadi tak masuk dalam beg.

“Memang cuak, nervous dan menggelabah. Saya cari nak pakai apa, akhirnya saya pakai plastik dan turun jumpa pelanggan sekejap di kawasan stesen minyak. Mula-mula dia tengok je, lepas tu dia tanya, plastik ke? Dia kata tak apalah, dia faham sebab hari hujan,” imbas Jai mengenai insiden itu 

Menurut anak kelahiran Kuala Selangor itu, dia juga tidak menyangka foto berkenaan yang dihantar kepada rakannya akan menjadi tul4r.

Malah, dia juga langsung tidak memiliki akaun Twitter sebelum ini.

Posting mengenai Jai di Twitter.

“Saya tak sangka akan vir4l. Sebab Twitter pun tak ada. Ada juga yang kec4m sebab tudung plastik tu tak tutup dada,” katanya lagi.

Tambah Jai yang menjual produk berasaskan kereta itu, dia juga tidak kisah foto miliknya menjadi jenaka sehingga menghiburkan ramai pengguna Twitter.

Sehingga kini, perkongsian foto berkenaan menerima lebih 18,800 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya terkejut dan terhibur dengan kreativiti Jai menggantikan tudung dengan plastik dalam keadaan yang terdesak.

Jai sewaktu sesi COD produk jualannya.

“Sekurang-kurangnya dia ada effort nak tutup aurat.

“Pakai plastik pun jadi and lawa je.

“Tak kisahlah pakai beg plastik pon… Paling penting, pakai tudung.

Ada bakat jadi usahawati ni… Pandai cipta design baru dan menarik. Dia tak nak pattern kan hasil ciptaan tu ke?

“Sump4h cakap dia pakai plastik nampak lawa lagi. Kalau aku, macam perempuan meroyan dah,” komen beberapa netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 Sumber; mStar

Be the first to comment on "“Dia tanya plastik ke?…” – Tercicir Tudung Tak Masuk Beg, Tuan Badan Tebal Muka Jumpa Pelanggan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*