[VIDEO] Semasa Berada Di Mekah, Inilah Yang Di Doakan Oleh F.iz0 0.mar Untuk Bekas Isteri Buat Ramai Turut Sedih

“ Lebih Tenang Selepas Tunai Haji” – Fizo Omar

PELAKON Fizo Omar memberitahu pengalaman menunaikan ibadah haji memberikan seribu satu makna kepada dirinya yang sedang dilanda ujian keruntuhan rumah tangga.Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, berkata dia berdoa agar hubungannya dengan Mawar kekal baik biarpun bukan lagi sebagai suami isteri.

“Saya lalui pelbagai ujian dalam kehidupan dan rumah tangga, jadi saya doakan agar apa pun yang jadi antara saya dan Mawar biarlah anak kami iaitu Maryam jadi anak solehah dan bakal membimbing tangan ibu dan ayahnya ke syurga akhirat kelak.

“Saya juga doakan juga semoga Mawar jumpa suami terbaik dan begitu juga dgn saya, mungkin kami akan pasangan  lain selepas ini namun saya amat berharap agar silaturahim sebagai ibu bapa Maryam berkekalan sehingga akhir hayat,” kata Fizo kepada mStar

VIDEO:

SUMBER

[VIDEO] Bila Ditanya Sama Ada Wujud Peluang Kedua.. Ini Jawapan Bekas Isteri Fizo Omar, Mawar Karim

Berita mengenai pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang akhirnya telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pada Rabu nyata mengejutkan ramai.

Meski masing-masing sudah pun memberi penjelasan mengenai keputusan yang dibuat, namun rata-ratanya memuji kedua belah pihak yang mengambil pendirian untuk kekal berbaik demi permata hati.Sementara itu, Mawar yang juga usahawan tudung terkenal turut ditanya media sama ada masih ada peluang untuk keduanya kembali atau ia masih terlalu awal untuk difikirkan.

Bagaimanapun, wanita berusia 30 tahun itu tidak belum dapat memberikan jawapan pasti.

“Buat sementara ini, saya masih tiada komen. Masih baru lagi benda ni berlaku.

“Apa pun akan buat yang terbaik, menjadi kawan yang terbaik buat Fizo sebab Maryam (anak),” jelasnya ringkas.

Untuk rekod, desas-desus mengenai kemelut yang melanda pasangan ini mulai bertebaran sejak Ramadan lalu. Bahkan, difahamkan keduanya turut menyambut menyambut Aidilfitri secara berasingan. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

SUMBER

Be the first to comment on "[VIDEO] Semasa Berada Di Mekah, Inilah Yang Di Doakan Oleh F.iz0 0.mar Untuk Bekas Isteri Buat Ramai Turut Sedih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*