“Apa Salah Aku?” – Nur Sajat Sedih Ada Pihak Cuba Pisahkan Dengan Anak

“Apa Salah Aku?” – Nur Sajat Sedih Ada Pihak Cuba Pisahkan Dengan Anak

Peminat sedia maklum bahawa usahawa kosmetik terkenal Nur Sajat Kamaruzzamanmempunyai dua orang anak angkat yang juga sepasang kembar.

Jaga Bagai Menatang Minyak Yang Penuh 

Biarpun berstatus anak angkat namun, Sajat begitu menyayangi dan menjaga Nur Syaza Sajidah dan Muhamad Syahmi bagai menatang minyak yang penuh apatah lagi telah mengambil mereka sejak bayi lagi. Biarpun begitu, disebalik kontroversi yang melanda, Sajat sekali lagi diuji dengan dugaan yang hebat apabila dia telah barkongsi satu khabar berita yang menyedihkan di laman Instagram nya.

Ada Pihak Cuba Pisahkan Sajat Dan Anak-Anak

Menurut Sajat, terdapat pihak yang cuba memisahkan dia dan anak-anaknya. Jelas usahawan yang juga penyanyi ini, dia tidak menyangka bahawa ada pihak yang sanggup untuk memisahkan mereka.

“Kamu lebih rela pisahkan saya dengan anak anak saya..mereka cinta hati saya.. uri mereka saya yang cuci dan tanamkan..Ya allah.. berikan aku kekuatan”

Tambahnya lagi, dia rela mati demi anak-anaknya kerana tidak sanggup berpisah dengan mereka yang dijaganya selama hampir 4 tahun.

Enggan mengalah mengenai isu anak-anaknya, Sajat turut memberitahu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak tersebut sekiranya isu ini berlanjutan.

 

View this post on Instagram

 

😭saya hanya nak meluahkan rasa saya terkilan,bila ada pihak yang sakit hati dengan kebahagian saya dan anak anak..walaupun pun saya tak sempurna,tak semestinya saya mendidik anak anak saya jalan tak sempurna.. saya nak bagi tahu anda,macam mana saya melayan anak anak saya..saya tak suka sangat post hal anak anak saya,malah saya tak membuat IG untuk anak anak saya..yang penting,saya menjaga anak anak saya dengan sempurna, BIAR SAYA SENARAIKAN APA YANG SAYA BERIKAN PADA ANAK ANAK SAYA.. walaupun pun mereka ini siapa pun,saya tak perlulah nak menceritakan latar belakang hal sebenar anak anak saya.. bagi saya,saya dah mendapat amanah yang sangat baik dan sempurna dari Allah swt..walaupun saya tahu ini adalah pinjaman semata mata.. cukup saya menjaga,mendidik,mencintai anak anak saya dengan baik dan sempurna.. walaupun ramai yang membenci saya,boikot saya,atau apa apa pandangan anda pada saya..saya tak boleh paksa anda menyukai saya.dari mereka saya menjaga dari 2 hari kelahiran mereka,masa mereka lahir,dengan keadaan tak cukup zat,macam macam cara saya buat untuk mereka nampak sihat,wang ringgit jangan cakap lah,masa dapat mereka ini(kembar tak seiras)sebulan perutukan susu,pampers budak,babysiter,baju,bidan,dan macam macam lagi lah hampir rm4500 untuk mereka,ada mempunyai baby kembar,tahu lah bertapa besarnya belanja untuk mereka aya menjaga memberikan tiap tiap bulan wang alaun dari gaji saya untuk mereka RM500 setiap bulan mengambil insuran AIA more pada pembelajaran sehingga 18 tahun baru mereka boleh keluarkan duit tu untuk sambungan belajar,setiap tahun saya membayar rm12k setiap sorang duit tabung setiap bulan tak lari dalam rm1000 ringgit setiap bulan,akan di masuk kan acc kedua BSN untuk setiap sorang,belanja shopping untuk adik dan abg rm500 setiap sorang setiap bulan,membawa mereka masuk kelas mengaji rm200 setiap bulan.. dan banyak lagi.saya tahu saya nakal,saya tahu saya banyak kekurangan,tetapi tak bermaksud saya mengajar anak saya buat nakal jugak.sedih sangat2 bila jadi macam ini,kenapa dah 4 tahun mereka bersama dengan saya,ada pihak nak ambil mereka dari saya?? awak tak fikir ker apa yang akan berlaku perasaan anak anak saya nanti?fikirlah sikit😭

A post shared by nursajat (@nursajat23) on

 

Rata-rata pengikut Sajat turut berasa simpati dengan keadaan Sajat dan anak-anaknya selain mengharapkan agar keluarga kecil itu tidak akan berpisah. Akui Sajat, biarpun dia tidak sempurna dan ramai yang cuba mengecamnya sebelum ini, namun pendidikan dan kebajikan anak-anaknya tidak pernah diabaikan selain berkongsi senarai keperluan yang telah disediakan buat mereka selama ini.

SUMBER

Be the first to comment on "“Apa Salah Aku?” – Nur Sajat Sedih Ada Pihak Cuba Pisahkan Dengan Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*