“Cute Gila Okay!” – Penonton Suka Gandingan Mira Filzah & Ben Amir Dalam Sweet Dreams

Min rasa min dah suka cerita ni la… Best okay. Ngam pulak gandingan Ben Amir dan Mira Filzah ni!

Drama bersiri Sweet Dreams arahan pengarah terkenal Michael Ang telah mula ditayangkan di slot Megadrama semenjak awal minggu ini bagi menggantikan drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad.

Drama bersiri ini menampilkan gandingan pertama Ben Amir dan Mira Filzah di kaca televisyen dan ia diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Bakal bersiaran untuk episod ketiga pada malam ini, rata-rata peminat teruja menonton drama bersiri ini dan menyifatkan jalan cerita yang ditampilkan sangat menarik.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, peminat juga gemarkan gandingan Mira dan Ben.

Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

Saksikan empat episod pertama Sweet Dreams di laman YouTube Astro Gempak!

 

Be the first to comment on "“Cute Gila Okay!” – Penonton Suka Gandingan Mira Filzah & Ben Amir Dalam Sweet Dreams"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*