“Dia Buat Juga Walaupun Dalam Keadaan Dia Macam Tu, Tak Berapa Betul Solatnya,” – Zarina Zainuddin

Bagus Azal, kain pelikat dengan seluarnya kotor jadi dia guna kain ibunya untuk solat 👍🏻

Pelakon senior, Zarina Zainuddin meluahkan rasa terharu apabila melihat gelagat salah seorang anaknya, Muhammad Raizal Azrai, yang tetap mahu sempurnakan solat meski dalam keadaan yang kurang sempurna.

Menurut Zarina, anak bujang berusia 23 tahun yang mesra disapa Azal itu tetap mahu tunaika solat, hingga sanggup menggunakan kain sembahyang ibunya kerana seluar kotor.

“Azal nak solat dia guna kain saya kain pelikatnya dah basah seluar panjang dah kotor.

“Dia buat juga walau pun dalam keadaan dia macam tu.. walau tak berapa betul solatnya.

“Mudah-mudahan Allah terima amalanya kerana dia iklas mengadap yang Satu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#ceritamalamtadi Azal nak solat dia guna kain saya kain pelikatnya dah basah aeluar panjang dah kotor .. Dia buat juga walau pun dalam keadaan dia macam tu.. walau tak berapa betul solatnya..mudah2 han Allah terima amalanya kerana dia iklas mengadap yang Satu ❤ #azalazil #azalohazal #autism #autismawareness

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Di ruangan komen pula, rata-rata memuji kesungguhan Azal menunaikan solat.

Azal merupakan adik kepada kembar Autlsm, Azil atau nama sebenarnya, Muhammad Razil Azrai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin via MH

 

Be the first to comment on "“Dia Buat Juga Walaupun Dalam Keadaan Dia Macam Tu, Tak Berapa Betul Solatnya,” – Zarina Zainuddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*