Seorang Ayah Menahan Malu Kerana Membeli Handphone Untuk Anaknya Dengan Syiling Simpanan.

kasih ibu membawa ke syurga ..kasih ayah berkorban segalanya

Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi memberi keselesaan dan kemudahan untuk keluarga yang tercinta. Biarpun kemampuan terbatas, mereka akan tetap berusaha keras dalam menyediakan keperluan yang terbaik buat anak-anak.

Inilah yang dilakukan oleh seorang bapa di Filipina yang mengumpul wang syiling untuk membeli telefon pintar buat anaknya.

Seorang pengguna Instagram, Mccoy De Leon telah berkongsi gambar seorang lelaki separuh abad yang menyusun syiling di atas kaunter kedai telefon dengan kapsyen bermaksud

“Saya harap saya dapat bertemu dengan bapa ini kerana dia sangat baik. Inilah yang kita semua perlu lakukan demi memberi keseronokan kepada mereka kita cintai.

Perkongsian yang mendapat lebih 54 ribu tanda suka itu mendapat pujian netizen yang kagum dengan kegigihan lelaki tersebut membeli telefon untuk anaknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: Mccoy De Leon, via siakap keli

Be the first to comment on "Seorang Ayah Menahan Malu Kerana Membeli Handphone Untuk Anaknya Dengan Syiling Simpanan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*