Ditanya Apa Keistimewaan Permaisuri Agong, Ini ‘Jawapan’ Spontan Al-Sultan Abdullah Buat Semua Bersemut

Ditanya Apa Keistimewaan Permaisuri Agong, Ini ‘Jawapan’ Spontan Al-Sultan Abdullah Buat Semua Bersemut

Tiga perkara yang menggambarkan keperibadian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Ag0ng Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar – “Cantik, intelligent, pandai memasak”.

Itu reaksi spontan Yang di-Pertuan Ag0ng, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dilontar soalan mengenai pasangan hidup baginda Tuanku itu.

Tuanku bertitah demikian sewaktu ditemubual Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng sempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Ag0ng ke-16, pada 30 Julai ini.

“ PERMAISURI BEGITU TAHU SELOK-BELOK TENTANG MASAKAN DAN MASAK SENDIRI, DAN KALAU MAKAN DIA RASA LAIN MACAM, DIA TAHU APA YANG KURANG. LEBIH DARIPADA ITU, SAYA NAK BERKONGSI DI SINI BUKAN SAJA DIA PANDAI MEMASAK, TETAPI DIA CEPAT PULA MEMASAK.

“ Dan ini yang saya cukup kagumlah. Saya… kalau saya duduk di meja makan tu, oh dia kata dia nak masak ini sekali untuk saya ni, tak sampai berapa minit dah siap,” titah Tuanku.

Berkongsi mengenai masakan daripada air tangan Raja Permaisuri Ag0ng, Tuanku ada berkongsi beberapa jenis kegemarannya.

“ GULAI KICAP, AYAM MASAK KICAP.. MASAKAN ORANG PUTIH.. WESTERN FOOD, AS I SAID JUST NOW, BURGER, ROASTED BEEF, SHEPHERD’S PIE, CHICKEN PIE… DAN MACAM MACAM LAGILAH.

“ Antara lauk yang suka, saya suka taucu, dulu taucu sotong, taucu ikan, dan g0lek ayam… Laparlah pula,” seloroh Tuanku.

Dalam pada itu, Tuanku turut berkongsi harapan baginda mengenai cucundanya, yang bakal mewarisi takhta Kesultanan Pahang Moden, dan seterusnya bakal menjadi Yang di-Pertuan Ag0ng seterusnya mengikut sistem Majlis Raja-Raja.

“ Saya harap, saya berdoa itu cucunda saya, cucunda yang akan saya dapat ni, nanti juga, harap mereka jadi anak yang berwibawa ataupun cucu yang berwibawa, dan mempunyai sifat-sifat yang mulia, dan yang baik, dan pandai ya.

“ Dan saya harap… saya sentiasa berdoa supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan negara, Insya-Allah,” titah Tuanku lagi.

Wawancara eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astr0 AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO).

Para pelanggan Astro juga berpeluang untuk mengenali sisi Al-Sultan Abdullah yang berbeza menerusi satu tayangan perdana dengan baginda pada 30 Julai ini ditonton di www.astroawani.com/live-tv bermula pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Ag0ng pada 30 Julai ini, Astr0 AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dan sebagai meraikan istiadat kebesaran diraja Melayu ini, kami di Astr0 AWANI juga akan menyiarkan pelbagai Laporan Khas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Ag0ng mulai 26 Julai ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: astr0awani / awatttsyeikhh.com

Be the first to comment on "Ditanya Apa Keistimewaan Permaisuri Agong, Ini ‘Jawapan’ Spontan Al-Sultan Abdullah Buat Semua Bersemut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*