Dktor Sahkan Kantung Kosong, Shukri Yahaya Tenangkan Hati Isteri Guggur, Takda Rezeki Timang Anak Ke 2.

Dktor Sahkan Kantung Kosong, Shukri Yahaya Tenangkan Hati Isteri Guggur, Takda Rezeki Timang Anak Ke 2.

Pelakon, Shukri Yahya mendedahkan lada April lalu, isterinya, Tya Adnan telah mengalami kegugguran.Bagaimanapun, bintang filem Ular berusia 31 tahun itu reda kerana belum memperoleh rezeki timang zuriat.

Katanya seperti yang dipetik Berita Harian, isterinya itu disahkan berbadan dua, Mac lalu.

“Tya disahkan hamil, Mac lalu. Namun, ketika itu, saya tidak mahu berkongsi kepada umum.

“Pada fikiran saya, biarlah orang ramai tahu sendiri atau jika ada yang bertanya,”katanya seperti yang dipetik.

Sementara itu, Shukri turut mengakui andai ada rezeki lagi selepas ini, dia mengimpikan anak lelaki memandangkan permata tunggalnya seorang perempuan.

“Apabila disahkan doktor, kandungan sudah ‘kosong’. Tipulah jika saya kata tidak kecewa, cuma saya reda dengan ketentuan Tuhan.

“Insya-Allah… Saya pasti rezeki ada pada masa hadapan. Dikurniakan anak sulung perempuan, saya teringin anak lelaki untuk melengkapkan keluarga kecil saya,” kongsi Shukri.

Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan seorang puteri, Aaira Ameena yang kini berusia tiga tahun.

Terdahulu..”Nak Tambah Anak Tapi …”-Shukri Yahaya.

Pelakon Shukri Yahaya mengakui ingin memiliki sekurang-kurangnya sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

Namun, hasrat itu terpaksa dipendam memandangkan kadar kesihatan isterinya, Tya Adnan masih menerima rawatan susulan selepas dijangkiti viirus leptospirosis atau kncing tikus pada Mac lalu.

“Kalau boleh saya mahu sepasang cahaya mata tetapi beberapa bulan lepas isteri saya jatuh sakit akibat kncing tikus.

“Disebabkan viirus itu, Tya memerlukan masa lebih lama untuk kembali pulih.

“Sehingga kini badan dia masih lemah dan sakit-sakit sendiri. Jadi, saya tak mahu bebankan dia dan anak yang bakal lahir nanti,” katanya kepada Gempak.

Shukri ditemui pada majlis tayangan eksklusif drama iklan Pelangi Cinta di Pavilion, Kuala Lumpur tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Shukri bakal kembali dengan drama fenomena Andainya Takdir 2 pada 13 Jun ini dan sebuah supertelefilem komedi, Selirat pada hari raya pertama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Foto : Instagram Shukri Yahya / astrogempak

Be the first to comment on "Dktor Sahkan Kantung Kosong, Shukri Yahaya Tenangkan Hati Isteri Guggur, Takda Rezeki Timang Anak Ke 2."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*