Kisah Benar “Ditumpang pakcik tua di tengah malam…”

Allahuakbar! Saya nampak ada seorang lelaki tua, umur lebih kurang 60an, pakai baju Melayu warna coklat, sedang duduk belakang kerusi saya! Dia tunduk kepala dia. Biar betul apa yg aku tengok.. Saya perlahankan kereta. Debar dalam hati. Kena dah aku malam ni.

Kisah mistik sewaktu perjalanan di tengah malam sememangnya tidak lekang di mulut rata rata rakyat Malaysia. Kisah Volkswagen Kuning pasti antara yang paling dipopularkan. Seorang pengguna Facebook, Mohd fitri telah berkongsikan kisah bagaimana dia menghadapi situasi mendebarkan apabila disapa ‘entiti’ tertentu ketika dalam perjalananya ke kampung halaman.

Baru-baru ini viral satu video yg orang menjerit ketakutan kerana katanya ada hantu dalam kereta dia. Saya tak tahu siapa dia, apa agama dan bangsa dia, dan apa yg dia nampak. Cuma saya teringat kejadian yg pernah berlaku pada saya.

Kisah ini berlaku ketika saya sedang berkhidmat di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, tahun 1999. Waktu itu berpangkat leftenan, umur 22, masih bujang. Saya selalu balik ke rumah mak ayah saya di Alor Setar setiap hujung minggu yg tidak ada tugas. Selalunya saya akan naik motor seorang diri balik ke Kedah pada malam hari Jumaat, dan pulang semula ke Kelantan pada malam hari Ahad. Kiranya jalan dari Kelantan ke Kedah itu, jalan yg biasa pada saya.

Oleh kerana ayah saya risau saya selalu ulang alik naik motor di tengah malam, ayah saya suruh saya beli kereta. Saya pun beli kereta Honda Accord yg ‘recond’. Bayangkan, orang muda, tapi pakai kereta macam pakcik-pakcik. Yg penting, boleh bawak awek hehehe.. Gaji saya waktu tu sebulan hanya rm 920, bayar bulanan kereta rm750. Macam mana saya nak tampung hidup? Saya jual kain batik ela gred A. Beli di kilang batik di Kelantan waktu tu baru rm30-40 untuk satu kain 4 meter, saya jual pada awek2 kilang di Penang dan Sg Petani, rm 80. Kira murah la waktu tu.

Jadi, saya dah ada kereta. Suatu hari Jumaat, selepas Isyak, saya bergerak seorang diri nak balik ke Kedah. Lalu ikut Machang, Jeli, naik ke pergunungan titiwangsa tu, sampailah ke Gerik. Selepas dari Gerik nak menghala ke Pengkalan Hulu, kita akan lalu kampung yg banyak pokok buluh di tepi bukit, saya lupa dah nama kawasan itu. Sunyi sepi jalan waktu itu. Jam lebih kurang dah pukul 11 malam.

Tiba-tiba, ada 2 kereta dari arah yg bertentangan.. Waktu kereta itu dah dekat, saya pun sajalah jeling ke cermin pandang belakang..

Allahuakbar! Saya nampak ada seorang lelaki tua, umur lebih kurang 60an, pakai baju Melayu warna coklat, sedang duduk belakang kerusi saya! Dia tunduk kepala dia. Biar betul apa yg aku tengok.. Saya perlahankan kereta. Debar dalam hati. Kena dah aku malam ni. Saya tunggu kereta datang dari depan sekali lagi. Ada sebuah kereta. Bila kereta tu dekat, saya tengok lagi di cermin belakang. Makhluk tu angkat kepala dan dia pun tengok muka saya! Aduh.. Meremang bulu roma.

Saya kontrol nafas. Tak tahu nak buat apa. Tak kan nak berhenti kereta di tengah hutan ni! Serba salah dibuatnya. Saya perlahankan lagi kereta, saya buka tingkap.. Saya beranikan diri dan cakap, “Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Kalau kau nak tumpang, sampai tempat kau, kau turun!”… Dia diam saja.

Selama 30 minit saya memandu makhluk tu, tuhan sajalah yg tahu hati saya. “Kalau takdir aku mati waktu ni, matilah. Tapi aku tak mahu mati tak melawan”.. Saya pun mula baca bismillah 6 dan ayat laqadjaakum… (sampai habis). Saya tekad, saya berserah nyawa pada takdir Allah malam ini.

Dah hampir dengan Pengkalan Hulu. Saya jeling di belakang, dia masih ada…. Sampai saja saya depan balai polis Pengkalan Hulu, saya cepat-cepat berhentikan kereta, saya keluar. Saya tengok dalam kereta, dia dah tak ada. Tarik nafas panjang.. Lega.

Saya pun terfikir. Kalau benda tu nak kenakan saya, mesti dia duduk sebelah saya, bagi saya terkejut terus eksiden jatuh gaung. Atau timbul di bonet depan bagi saya tak nampak jalan.. Ini dia duduk betul2 belakang saya. Mungkin betul dia nak tumpang kot.

Kalaulah waktu itu dah ada sistem Grab, saya nak letak harga mahal suruh jin hantu tu bayar pada saya. Ini dia dapat naik free, mana aci.

Saya teruskan perjalanan ke Alor Setar. Sampai di rumah emak ayah, ayah saya tanya, “Pasai apa pucat?”. Saya jawab, “Ada benda tumpang dalam kereta tadi”.. Ayah saya kata, “Hang lupa baca ayat-ayat untuk sebelum musafir kot.”

Alamak, betullah ayah saya cakap. Tu la, asyik teringat awek- awek Kelantan yg comel lotey je. Lupa habis semua, hehe. (Pergi belajar dengan tok guru atau ustaz2, ambil ayat-ayatnya itu ya).
Itulah kisahnya.

Sumber asal: Mohd Fitri

Kredit: bicaradaily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Kisah Benar “Ditumpang pakcik tua di tengah malam…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*