Menantu nak bersalin, bapa mentua lencong masuk balai polis dan ini terjadi akhirnya

Menantu nak bersalin, bapa mentua lencong masuk balai polis dan ini terjadi akhirnya

ARAU 22 Julai – Bagi seorang ibu, menyambut kelahiran bayi pertama merupakan detik paling indah yang akan dikenang sampai bila-bila.

Namun bagi, seorang remaja, Anis Syabila Roslan, 19, dia tidak menyangka bakal menempuh pengalaman mencemaskan apabila melahirkan bayi di dalam sebuah kereta di kawasan tempat meletak kenderaan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD), Arau hari ini selepas tidak sempat dibawa ke hospital.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Anis Syabila bersama suami, Mohd Ikhwan Mohd Sidi, 22; mentuanya, Toyibah Che Mee, 41, serta ahli keluarga lain dalam perjalanan dari rumah mereka di Pauh untuk ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Bagaimanapun, ketika sampai di Arau, anak di dalam kandungan Anis Syabila itu sudah hampir keluar sehingga menyebabkan mereka mengambil keputusan singgah di IPD di sini dan meminta kebenaran untuk bersalin di situ.

Bayi perempuan itu disambut oleh Toyibah dalam keadaan selamat sebelum gadis berkenaan serta anaknya itu dibawa ke hospital oleh ambulans yang datang kira-kira 10 minit selepas bersalin itu.

Menurut Toyibah berkata, dia yang tinggal di Padang Siding menerima panggilan telefon daripada anak lelakinya, Mohd. Ikhwan kira-kira pukul 11 pagi yang memaklumkan bahawa Anis Syabila sakit dan mahu bersalin.

Katanya, dia bersama ibu bapa Anis Syabila bergegas ke rumah pasangan itu dan membawa mereka menaiki kereta untuk di bawa ke hospital.

“Pada awalnya, saya minta mereka hubungi ambulans tetapi tidak lama kemudian, anak saya telefon lagi dan beritahu isterinya sudah tidak tahan sakit dan mengalami pendarahan.

“Dalam perjalanan ke hospital itu, menantu beritahu dia sudah mahu bersalin dan saya terus minta ayah masuk ke IPD Arau untuk meminta bantuan polis. Belum sempat kami nak minta tolong, menantu dah lahirkan bayi di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil dengan bantuan saya dan ayah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya lagi, kejadian itu cukup mencemaskan kerana ia pengalaman pertamanya menyambut kelahiran bayi.

“Cucu saya yang belum diberikan nama itu berada dalam keadaan sihat. Alhamdulilah semua berjalan lancar dan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof mengesahkan mengenai kejadian itu sambil memaklumkan bahawa situasi itu merupakan pertama kali berlaku di kawasan balai berkenaan.

“Melihatkan keadaan mereka yang darurat, semestinya anggota kami akan membantu sedaya mungkin untuk memudahkan urusan keluarga itu. Kami bersyukur tiada komplikasi yang berlaku sewaktu bayi berkenaan dilahirkan dan adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota dan pegawai polis untuk membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Sumber UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

1 Comment on "Menantu nak bersalin, bapa mentua lencong masuk balai polis dan ini terjadi akhirnya"

  1. Bijak Bapak mentua nye, Alhamdulillah dh slmt ibu dn anak. Tahniah

Leave a comment

Your email address will not be published.


*