‘Nampaknya Ada Netizen Yang Terlebih Bercakap Tentang Keluarga Fizo’ Akhirnya Fizo Buka Mulut

(Video) ‘Nampaknya Ada Netizen Yang Terlebih Bercakap Tentang Keluarga Fizo’ Akhirnya Fizo Buka Mulut.

“Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang pun, itu hak netizen untuk bercakap. Tetapi kalau ada yang terlampau sampai mengaibkan dan memberikan kesan tidak baik, saya akan mengambil tindakan sewajarnya.

Hanya Fizo sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku

Saya tak mahu hubungan saya dan bekas isteri menjadi keruh memandangkan kami sudah bersepakat untuk berbaik-baik demi Maryam,” demikian kata pelakon Fizo Omar.

Menurut Fizo, dia tidak berniat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap segelintir netizen yang cuba menyebar perkara tidak tepat tentang kes percerai4nnya dengan Mawar Karim.

Fizo bersama anak tersayang Wan Maryam

Namun, Fizo tidak teragak-agak untuk bertindak seandainya ada dalam kalangan netizen yang keterlaluan hingga mengaibkan pihaknya dan keluarganya.

Tambah Fizo lagi, dia juga enggan mengambil pusing buah mulut netizen hingga impaknya terhadap mereka sekeluarga menjadi lebih keruh.

“Saya tak mahu disebabkan kata-kata netizen baik saya dan bekas isteri berg4duh. Jadi, semua pihak haruslah berfikiran waras dan membuat keputusan dengan bijak”.

Pasangan Fizo dan Mawar bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin. Selepas berita perceraian itu tersebar, ada segelintir pihak yang membuat andaian bahawa ibu Fizo menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Ibu Fizo begitu sedih atas tuduhan segelintir netizen tentang hubungan Fizo dan Mawar

Bagaimanapun, ibunya tampil membuat penafian berhubung perkara terbabit. Hasil perkongsian hidup Fizo dan Mawar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Video, pengakuan Mak Fizo terhadap hubungan Fizo dan Mawar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

sumber : astro gempak

Be the first to comment on "‘Nampaknya Ada Netizen Yang Terlebih Bercakap Tentang Keluarga Fizo’ Akhirnya Fizo Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*