“Ya Allah, Jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu”- Ini Doa Datuk Red Buat Dua Isterinya, Datin Syafila & Adira Buat Netizen Sebak

Ya Allah, Jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu- Ini Doa Datuk Red Buat Dua Isterinya, Datin Syafila & Adira Buat Netizen Sebak 😭😭

Memiliki dua atau lebih isteri bukanlah sesuatu yang mudah andai si suami tidak boleh berlaku adil dan berkemampuan.

Mana tidaknya, dalam hal sebegini mereka perlu menjaga hati banyak pihak baik dari segi masa, kewangan dan layanan yang sama rata.

Namun, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim disapa sebagai Datuk Red cuba memberikan yang terbaik buat dua isteri.

Malah, dia juga sentiasa mendoakan buat kedua -dua isterinya iaitu Datin Syarifah Nor Syafila dan penyanyi, Datin Adira.

“Ya Allah kau lindungi la mereka sebagaimana mereka melindungi aku ya Allah.jaga la mereka semoga mereka terus istiqomah terhadap mu ya Allah.

“Jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu.pelihara la mereka supaya kami bertemu di syurga Mu ya Allah,” tulisnya sambil disertakan foto kedua isterinya.

“Bila Benda H4ram Dihalalkan…”- Datuk Red Kes4l Dengan Adira?

Suami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu meluahkan rasa kesal terhadap babak bersentuhan dalam muzik video terbaru isterinya.

Lebih mengecewakan apabila tegurannya sebelum ini seolah-olah tidak diendahkan oleh mana-mana pihak.

Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red meluahkan isi hatinya menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya baru-baru ini.

Entri itu turut disertakan dengan ‘screenshot’ babak bersentuhan antara Adira dan juga model lelaki muzik video berkenaan.

“Ya… Kita dulu jahat tapi atas nama Islam kita cuba berubah menjadi yang lebih baik. Sekarang la balasan yang kita hadapi

“Bila benda haram dihalalkan manusia akhir zaman… Pihak syarikat pun tak ada kuasa pasal dengan siapa dah sign kontrak.

“Tak apa lah mungkin di sana nanti kontrak tu yang membawa kita ke sana… Kita harap semua yang terlibat diberikan hidayah.

“Kita manusia sudah mencuba segala terdaya tapi apa kan daya hanya Allah saja tempat mengadu. Ya Allah ampuni dosa aku… Dosa isteri-isteri aku, anak-anak aku dan semua umat Islam Ya Allah huakbar,” tulisnya.

Posting itu juga turut disertakan dengan hashtag #sudahbincang #masehlagi #tiadatempatuntukmengadu #sebelumjadidayus #nusyuz #popularyangdikejar.

Terdahulu, Datuk Red meluahkan rasa kesal dengan tindakan Adira yang dikatakan tidak menghorm4t1 kedudukannya sebagai suami apabila memegang tangan model lelaki dalam video muzik itu.

Untuk rekod, Datuk Red berkahwin dengan

Syafila dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Red pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Mereka juga dikurniakan dua orang cahaya mata.

Red kemudian berkahwin dengan Adira pada 3 Disember 2015 di Songkla, Thailand.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Anggrek pada, 2, Asan, 1 dan Adira kini sedang hamil anak ketiga.

Foto: Instagram Datuk Red via MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Ya Allah, Jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu”- Ini Doa Datuk Red Buat Dua Isterinya, Datin Syafila & Adira Buat Netizen Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*