Aku ni pngasuh,pkul 1 pagi dia dtg nk ambil anak kt rumah, time tu aku try ambil ksmptan yg merubah kehidupan aku skrang

Aku ni pngasuh,pkul 1 pagi dia dtg nk ambil anak kt rumah, time tu aku try ambil ksmptan yg merubah kehidupan aku skrang

Jodoh itu tidak perlu dicari tapi perlukan usaha untuk dapatkannya. Kerana ia akan tiba bila sampai masanya. Konsepnya juga begitu mudah, “jika memilih pilihlah yang terbaik dan jika dipilih pilihlah untuk jadi yang terbaik”. Contoh saya, tujuan saya resign sebagai seorang Frogman dekat laut dalam dan menjadi pengasuh serta petani hidroponik.

Kerana 2 perkara, pertama diri saya ini berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat master. Kedua saya membantu kehidupan akak saya dan abang ipar saya untuk mengasuh anak – anak mereka. Ibu mereka itu bekerja sebagai MO Perbidanan dan Sakit Puan. Ayah mereka pula ketika itu bekerja sebagai jurutera dekat mesir.

Disebabkan kehidupan akak saya di hospital itu sentiasa sibuk dan suaminya masih berbaki contract bekerja dalam setahun. Jadi sayalah yang hulurkan tongkat kepada mereka. Kami 8 beradik sejak dari kecil lagi sudah diajar untuk berkasih sayang sesama adik beradik.

Kami juga diajar untuk tidak berkira dalam melakukan kerja – kerja rumah. Asbab dari didikan itu bila kami sudah remaja dan dewasa. Diri kami ini tidak boleh melihat adik beradik dalam kesusahan. Pasti kami akan hulurkan tangan untuk membantu.

Sepanjang perjalanan hidup saya sebagai seorang pengasuh. Tiba – tiba saya didatangi seorang wanita untuk menyerahkan anaknya supaya dijaga. Bila ditanya bagaimana boleh tahu saya ini pengasuh. Jawabnya dia itu kawan satu jabatan dengan akak saya di hospital.

Sepanjang saya jaga anaknya banyak kali dia datang ambil anaknya pada lewat malam. Juga dalam jam 1 – 5 pagi ini banyak kali dia call untuk hantar anaknya kerana dia oncall. Saya tak pelikpun dia call waktu sebegitu sebab saya mengasuh anak saudara saya pun tinggal bersama saya selama 1 tahun.

Saya ketika itu peliklah juga dia ada anak tapi hidupnya macam tanpa suami. Bila saya tanya akak saya barulah saya tahu pada 2 tahun yang lepas dia baru sahaja diceraikan oleh suaminya. Bila dia datang ambil anaknya lewat dan hantar anak juga awal. Jadi bila saya fikirkan kehidupan dia dan anaknya nampak kesian pula.

Dengan status saya ketika itu single jadi tanpa keberatan saya buat solat sunat istikharah. Jawapan yang saya terima ketika itu datang dari hati. Kerana selepas saya buat solat sunat istikharah hati saya ini makin menyayangi anaknya.

Pada pagi jumaat 2 tahun yang lepas. Ketika dia menghantar anaknya ke rumah saya. Ketika kami bercakap tentang anaknya. Saya ada confess isi hati untuk memperisterikannya. Tapi apakan daya untuk menambat hati seorang wanita yang dipernah dilukai bukanlah suatu yang mudah. Dia begitu mudah untuk reject terhadap apa yang saya luahkan itu dengan ayat, “sorry, berat bagi diri saya untuk menerima perkara yang pernah melukai hati saya”.

Saya hanya balas “okay” saya faham. Tapi saya telah nasihatkannya dengan 2 perkara. Pertama dalam hidup dia sebagai pakar perbidanan dan sakit puan tidak semua orang suka dengan komitmen kerjanya di hospital. Kedua kehidupannya juga amat memerlukan lelaki yang supportive supaya mampu menjadi tulang belakang sepanjang hidupnya di hospital. Jawapan dari solat sunat istikharah dulu. Menjadi kekuatan untuk saya berusaha dapatkannya.

Selepas itu pada malam harinya, selesai dari solat isyak. Saya baru ingat selepas abi dan ummi saya meninggal dulu. Sayalah yang menyimpan diari arwah abi saya. Diari itu didalamnya banyak doa yang ditulis oleh arwah. Setelah saya jumpa diari tersebut kemudiannya saya baca kisah hidup arwah abi saya.

Saya terjumpa satu kaedah bagaimana seorang ustaz memikat hati seorang ustazah. Ya kaedah itu adalah kaedah arwah abi saya dalam usaha memikat arwah ummi saya ketika mereka belajar dekat mesir dulu. Kaedah itu dipanggil Ruqyah Mahabbah. Ayat yang dipakai adalah dari surah ali imran ayat 31.

Selepas keesokkan harinya, ketika dia menghantar anaknya ke rumah saya. Saya buat – buat tanya tentang kesihatan anaknya. Kerana dalam waktu yang sama sepanjang percakapan itu saya mencelah dengan membaca ruqyah mahabbah dari ayat 31 surah ali imran. Kemudiannya saya hanya meletakkan sifat tawakal pada Allah tanpa putus. Usaha itu dilakukan selama 3 minggu sahaja.

Masuk minggu keempat Allah hadirkan 2 kegembiraan. Kerana ketika hari ahad apa yang saya usahakan dalam aktiviti pertanian sebelum ini membuahkan hasil dan pada hari isnin pula. Usaha saya dalam menambat hati seorang insan yang hatinya masih terluka membuahkan hasil. Kerana selepas dia hantar anaknya ke rumah saya.

Sebelum dia pergi kerja dia ada tinggalkan 2 pesanan dekat saya. Kalau ikhlas nak memperisterikannya dan sanggup menjadi tulang belakangnya bolehlah berjumpa dengan ayahnya di kampung.

4 bulan kemudian kamipun berkahwin. Selepas kami kahwin sayapun kuburkan cita – cita saya selama ini untuk menjadi lecturer dan tumpukan hidup ini hanya untuk keluarga ( family first ).

Saya juga ada tanya isteri saya bukan ke awak kata berat untuk menerima lelaki ketika saya confess dulu. Bagaimana pula awak boleh terima saya jadi suami ni. Jawab isteri saya 2 minggu selepas dia reject saya pemikiran dia sentiasa memikirkan 2 nasihat saya itu. Selepas dari itu dia ada buat solat sunat istikharah. Jawapannya hati dia jadi makin lapang dan tenang bila mula fikirkan luahan saya dulu.

Alhamdulillah.

Allah is the Best Planner.

#La_Taqrabu_Zina

Nota kaki : Ruqyah Mahabbah itu bukanlah hanya untuk perkara jodoh sahaja. Kerana ia juga boleh digunakan untuk perkara lain.

Contoh dalam mendidik anak. Tips anak mendengar kata & dilapangkan hati. Inilah yang saya didik anak – anak dari kecil.Ketika memasak saya akan baca ruqyah mahabbah ini atau dikenali jampi pengasih. Ketika anak tidur saya akan membaca jampi ini dan ditiupkan ke ubun2 mereka.

Ketika mereka buat perangai saya akan memeluk mereka dan membaca jampi pengasih ini. Selepas itu letaklah sifat tawakal pada Allah tanpa putus. Alhamdulillah sepanjang proses mendidik mereka. Mereka tidak pernah lagi memberontak. Kaedah ini juga terpakai untuk kaum isteri yang memiliki suami panas baran.

– Lelaki Kelantan via utusan viral.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Aku ni pngasuh,pkul 1 pagi dia dtg nk ambil anak kt rumah, time tu aku try ambil ksmptan yg merubah kehidupan aku skrang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*