Dua Ekor Harimau Sesat Masuk Kampung, Ini Status Terkini Haiwan Tersebut Daripada Jabatan Perhilitan

Dua Ekor Harimau Sesat Masuk Kampung, Ini Status Terkini Haiwan Tersebut Daripada Jabatan Perhilitan

KUALA TERENGGANU – Dua ekor harimau yang tersesat hingga menggemparkan penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi dekat Dungun hari ini dipercayai telah memasuki semula ke hutan berhampiran.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, pemerhatian kakitangan agensi itu berdasarkan kesan tapak kaki mendapati haiwan liar terbabit telah kembali ke habitatnya di hutan berhampiran kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

“Begitu pun, pemerhatian masih diteruskan bagi menghadapi kemungkinan dua haiwan terancam itu kembali keluar dari kawasan habitatnya pada masa terdekat.

“Berdasarkan rekod kami, ini kes pertama harimau dilaporkan tersesat masuk ke dalam perkampungan di kawasan Bukit Besi, Dungun pada tahun ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi gempar dengan kemunculan sepasang harimau yang dipercayai tersesat masuk ke perkampungan itu sejak pukul 9 pagi tadi.

Dalam pada itu, Abdul Malek menegur tingkah laku segelintir penduduk yang terlalu ghairah merakam kelibat dua ekor harimau tersebut sehingga terlalu hampir dengan haiwan liar terbabit.

Beliau berkata, keselamatan diri perlu diutamakan dengan tidak cuba menghampiri
harimau terbabit kerana tabiat haiwan liar yang yang kelihatan jinak berkenaan sukar diramal.

“Saya harap orang awam agar memberi kerjasama kepada kakitangan Perhilitan kerana kita perlu sentiasa berwaspada tentang kemungkinan harimau terbabit bertukar agresif.

Sumber : KOSMO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Dua Ekor Harimau Sesat Masuk Kampung, Ini Status Terkini Haiwan Tersebut Daripada Jabatan Perhilitan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*