Dihalau dan dicerai talak tiga. Ibu bawa anak2 kecilnya jumpa cikgu pakai beg sekolah jam 12 mlm

“Cikgu. Saya kena halau keluar rumah. Cikgu boleh tolong saya tak?” katanya sebak sebaik duduk di depan aku.”

Jam 12 malam. Seorang ibu memimpin tangan anaknya datang mencari aku kat Kedai Awe. Dibelakangnya dipikul satu beg. Beg itu aku kenal. Itu beg Swan yang aku agih pada mereka yg tak berkemampuan dua tahun lepas. Beg itu ada..

Jam 12 malam. Seorang ibu memimpin tangan anaknya datang mencari aku kat Kedai Awe. Dibelakangnya dipikul satu beg.

Beg itu aku kenal. Itu beg Swan yang aku agih pada mereka yang tak berkemampuan dua tahun lepas.

Dalam beg itu ada pakaian dia dan anak-anak.

“Cikgu. Saya kena halau keluar rumah. Cikgu boleh tolong saya tak?” katanya sebak sebaik duduk di depan aku.

“Apa kes? Cuba cerita.”

“Saya dah bercerai dengan suami saya akhir bulan lepas. Cerai talak tiga.

Saya tak tahu mana nak tuju. Kerja pun saya tiada. Simpanan lagilah tiada. Maka terpaksa juga tinggal sebumbung buat sementara waktu sebelum nak cari jalan hidup baru.

Cikgu boleh tolong saya dan anak-anak tak?” katanya lagi sambil menguis airmata yang mula jatuh dipipi.

Aku menarik nafas panjang. Otak ligat cuba menyelesaikan masalah ibu tunggal ini.

“Habis tu malam ni akak dan anak-anak nak tidur mana?” soalku lagi.

“Saya cari la mana-mana masjid untuk bermalam malam ni,” balasnya sayu sambil membelai rambut anak bongsunya yang berusia 5 tahun.

“Mak. Nak air,” minta anak kecil ini.

Aku minta Awe bungkuskan air Milo kat kedai sebelah.

Aku ambil telefon dan mencari nombor Kak Ina. Keluarga asnaf yang selalu aku santuni sejak dulu. Dia sedang mencari pekerja untuk jaga gerai NZCrunchies dia.

Dan Kak Ina serta Abang Nazri selalu sangat pesan kat aku supaya cari mereka jika ada apa-apa yang boleh aku bantu.

Aku suruh Abang Nazri carikan ibu tunggal ini bilik sewa dulu. Lepas tu mereka akan ambil akak ni kerja jaga gerai mereka buat sementara waktu ini.

Akak ni perlu ada income untuk sara diri dan keluarga. Perlu cari jalan untuk terus survive di kota yang kejam ini.

Esok InsyaAllah Abang Nazri akan dapatkan bilik dan boleh terus kerja dah kalau akak ni nak mula esok.

Dia pun dah setuju nak kerja jaga gerai dari jam 6 petang hingga 10 malam. Satu langkah yang baik dah ni.

Tempat tinggal akan diusahakan secepat mungkin. Pekerjaan dah ada, dan sokongan dari keluarga Kak Ina serta aku akan sentiasa dibelakang mereka, InsyaAllah.

Untuk malam ini, aku suruh dia cari hotel murah dulu untuk bermalam. Takkan la aku nak biar dia tidur di masjid dengan anak-anak pula.

Selepas ini kita usahakan bantuan zakat pula. Kalau zakat bantu bayar sewa rumah pun dah sangat menggembirakan.

Sementara bantuan zakat tiba, Dana Kita akan terus sokong ibu serta anak-anaknya ini.

Aku yang mendengar kisah hidupnya pun rasa sangat sengsara. Dia yang melalui mesti rasa lebih lagi.

Hilang punca, tiada duit, tiada tempat tinggal, anak-anak pula keliling pinggang.

Hidup ini penuh cabaran dan ujian. Jika tiada tangan yang sudi menghulur bantuan, apa agaknya akan jadi pada mereka.

Kita tidak mampu menolong semua orang, namun semua orang mampu membantu seseorang.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. #DanaKITA, #MFS – Hidup ini bukan hanya tentang kita –

Sumber : Fb mohd fahdli salleh via nalurikini.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "Dihalau dan dicerai talak tiga. Ibu bawa anak2 kecilnya jumpa cikgu pakai beg sekolah jam 12 mlm"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*