“Mungkin Sebab Tak Makan Sayur,” Saluran Usus Besar Kanak-Kanak Ini Penuh Dengan N4jis

Kena pesan kat anak-anak supaya makan sayur kalau taknak jadi macam nie

Setiap ibu bapa pasti pernah mengalami situasi di mana sukar untuk memberi anak makan makanan berkhasiat dan tidak kurang juga dengan perangai yang cerewet anak-anak yang memilih makanan yang telah dihidangkan.

Bahkan, ada juga yang sukar untuk menyentuh sayur-sayuran , mereka menganggap seolah-olah ia beracun jika mengambilnya dalam makanan seharian. Mungkin mereka kurang pengetahuan daripada ibu bapa tentang khasiat sayur-sayuran.

Kali ini, Puan Afiza Jamaludin dalam Facebook berkongsi tentang keadaan anaknya yang secara tiba-tiba sakit pada bahagian perut dan ianya dianggap sebagai gastrik sahaja. Kisahnya di mana anak perempuannya tidak boleh tersalah lapar sikit atau tidak boleh tersalah makan mesti akan sakit perut yang teruk.

Pada kebiasaannya, sekiranya anak sakit perut, dia hanya sapukan minyak telon untuk sembuh sahaja. Tetapi lain pula pada hari kejadian di mana anaknya sakit yang terlampau.

Lama dah sakit, jalan pun membongkok, tengahari tadi bawa p hospital. Sampai kat kecemasan, doktor tanya historyla kan, kak fizz citerla semalam sakit perut, kiranya harini dah 2hari,sebelum ni selalu jadi gini tapi lepas sapu-urut dan urut.

Doktor pun terus cakap ‘ok gini puan, peringkat umur dia ni memang ramai kena macam dia, satu pandangan yang agak tajam renungan mata doktor padaku ketika itu.

Hati kak fizz dah berdetak detak rasa tunggu apa yang Dr nak bagitahu.’ Saya rasa najis dalam usus anak puan banyak ni, dia buang air besar tapi tak lawas, tak keluar semua, bila yang lama2 ada tertinggal sikit sikit, lama lama bila yang baru ada ia semakin berkumpul dan berkumpul. Ginilah kita buat xray abdomen dulu tengok macam mana.

Long story short, lepas xray dah keluar, Dr panggil and tunjukkan result xray tadi. Dr cakap sambil tunjuk di xray, puan ni ada najis beekumpul kat sini, kat sini dan satu saluran usus besar anak puan penuh dengan najis.
Ketulan najis yang tersekat pada bahagia usus besar

Wanita ini menunjukan gambar X-ray pada bahagian usus besar anaknya yang dipenuhi najis yang tersekat. Kenapa ia berlaku?

Pada kebiasaan kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah memang akan jadi sebegini kerana faktor makanan. Selalunya mereka tidak memakan sayur mungkin atas alasan si ibu pun tidak makan sayur.

Lepas ini , para ibu bapa haruslah menjaga pemakanan anak anda terutamanya sekali faktor sayur.Lebih menarik lagi jika ibu bapa turut serta babitkan anak ketika proses membuat makanan dan aktiviti yang menyeronokan secara tidak langsung mereka boleh menikmati makanan yang berzat. Ingatlah semua penyakit dalam dicegah jika ibu bapa ambil tindakan yang betul.

Doktor juga menasihatkan untuk makan sayur, buah buahan dan minum air masak banyak.

Sumber: Norafiza Jamaludin / siakap keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Mungkin Sebab Tak Makan Sayur,” Saluran Usus Besar Kanak-Kanak Ini Penuh Dengan N4jis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*