Ainul Mardhiah belum boleh pulang, ini disebabkan oleh perkara ini.

Sama-sama kita doakan untuk adik Ainul boleh balik ke Malaysia

LONDON – Keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 10 bulan, terpaksa membatalkan kepulangan ke tanah air selepas bayi istimewa itu didapati tidak sihat.

Memetik hantaran dalam Instagram milik Nurul Erwani Zaidi, 24, berkata anaknya tidak boleh dibawa pulang lagi kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan berada di dalam kapal terbang.

Menurutnya, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8 Julai jam 9.30 malam waktu London dan dijangka tiba ke Malaysia pada 9 Julai jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Sebelum itu segala persiapan telah dilakukan dan doktor merawat Ainul pada 5 Julai telah membenarkan Ainul pulang ke Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa yang tak rasa sedih bila anak yang kita kandungkan dalam perut, kita lahirkan sendiri dengan sakit yang kita tanggung sendiri akan menghadapi pelbagai ujian. Tapi kesedihan itu semua tidak akan patahkan semangat bila kita dapat tengok anak kita setiap masa, dapat spend time masa bersama dengan anak kita setiap hari. . Hampir dua bulan berada di London, membawa Ainul untuk menerima rawatan di London adalah satu keputusan yang paling terbaik untuk memastikan Ainul sihat dan dapat diberikan rawatan yang sewajarnya. Memang betul, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8/7(Isnin) pada 9:30 malam waktu London dan dijangka akan sampai ke Malaysia pada 9/7(Selasa) pada 5:30 petang waktu Malaysia. Segala persiapan sudah dilakukan. Dr di sini sudah benarkan Ainul pulang dan Dr juga sudah check keadaan Ainul pada hari jumaat dan Ainul sangat sangat baik. . Siapa sangka, perancangan ALLAH Maha Hebat. Kami tak dapat pulang ke Malaysia atas faktor kesihatan Ainul tidak mengizinkan untuk Ainul berada di dalam kapal terbang. Ainul demam dan batuk pada pagi hari Isnin sepatutnya hari kepulangan kami ke Malaysia. Ada hikmah semua ini akan berlaku. ALLAH pasti tahu apa yang terbaik untuk kami. Ya saya pasti. . Saya harap dan mohon semua sabar, bertenang dan sentiasa selitkan doa yang baik baik untuk kami kerana apa yang kita doa pada orang akan berbalik pada kita sendiri. Saya pun sentiasa mengharap dan meminta pada ALLAH supaya apa yang berlaku pada waktu ini akan memberi sinar bahagia pada saya dan keluarga pada waktu yang mendatang. . Dan Terima Kasih pada semua kerana selama ini sentiasa memberi semangat pada kami, doakan yang baik untuk kami, beri pertolongan pada kami. Saya amat hargai. Saya harap Tuhan akan membalas semua kebaikan ini dan memudahkan srgala urusan di dunia dan juga di Akhirat nanti. . Bercakap lah perkara yang baik baik. Kerana percakapan kita adalah satu doa😊Salam sayang daripada saya dan Ainul Mardhiah❤️❤️❤️

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

“Saya memohon agar semua pihak mendoakan Ainul segera sembuh dan kuat.

“Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk Ainul,” katanya.

Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut di sebuah Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1juta itu, berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

sumber : SH

Be the first to comment on "Ainul Mardhiah belum boleh pulang, ini disebabkan oleh perkara ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*