Kisah Misteri ‘Kehilangan’ Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya Apabila Didakwa Gh4ib Selepas Basuh Pinggan

Kat manalah Fatimah sekarang nie?

Hampir empat bulan beliau menghilang tanpa jejak. Bagaimana keadaannya? Di mana lokasinya? Apa khabarnya? Tiada siapa yang tahu. Hanya harapan, doa dan usaha pencarian yang masih tersisa.

Mohammad Ashraf yang ‘lenyap’ pada 23 Mac 2019 lalu ketika menyertai Gopeng Ultra Trail ternyata menggemparkan sejagat raya. Ia memacu seluruh rakyat negara untuk terus memohon kepada Yang Esa supaya diberikan petunjuk untuk menemuinya. Malah ramai yang turut serta dalam pencarian walaupun sehingga kini masih tiada tanda.

Saban hari, kita dibelenggu pertanyaan tentang berita terbaru mengenainya, berharap akan muncul hari di mana media sosial mahupun media cetak akan memaparkan artikel dengan tajuk ‘Acap Sudah Berjaya Ditemui’.
Ya, mungkin suatu nanti, Insyallah.

Namun, kehilangan misteri ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia. Mungkin ada diantara anda yang sudah pernah mendengar nama-nama seperti Umai, Azarul Mukhriz mahupun Hassan Ayat. Kebanyakkan orang menganggap kehilangan mereka ini dikaitkan dengan kejadian mistik.

Justeru, seorang penulis yang pernah ‘berceritera’ di sebuah majalah yang popular sekitar tahun 90-an sehingga tahun 2000 telah berkongsi pengalamannya berdepan dengan kes yang hampir sama.

Di mana Acap? Ramadhan sudah hampir seminggu. Pasti keluarga Acap sedang bersedih dan mengharapkan kepulangannya.
Sesat? Atau, seperti yang didakwa banyak pihak, Acap telah dibawa ke alam lain oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar? Dia tidak dapat keluar dari alam itu, berkahwin dengan penghuninya dan kini lebih bahagia tinggal di sana?

Wallahua’lam. Semuanya masih misteri. Kita doakan saja Acap selamat dan suatu hari nanti pulang semula ke pangkuan keluarganya.

Saya tidak mahu cerita bab itu sebab anda boleh membacanya di medium lain. Yang saya hendak cerita ialah sebenarnya selain Acap, sudah banyak kisah ghaib berlaku di dalam masyarakat kita. Mereka ini hilang dalam keadaan yang misteri dan terus tidak dijumpai sehingga hari ini.

Mari saya kongsikan satu cerita: Kejadian ini di ceritakan kepada saya oleh Haji Osman Abu, yang saya temui di rumahnya di Kampung Pangkalan Minyak, Ayer Molek, Melaka, pada pertengahan 2003.

Kata Haji Osman, pada pagi 20 Disember 2000 dia membawa Fatimah minum di warung berdekatan. Sewaktu dia rancak berbual dengan kawan-kawan, Fatimah tertidur di meja. Tidak lama kemudian Fatimah terjaga dan mencari-cari dua orang budak yang tadi duduk di sebelahnya (sebenarnya tiada).

Fatimah kemudian mengajak Haji Osman pulang kerana ada orang sedang menantinya di rumah. Benarkah apa yang Fatimah katakan itu? Tidak. Tiada sesiapa yang menanti mereka di rumah.

Cerita Haji Osman, pukul 2.30 petang, dia berbaring di sofa, manakala Fatimah membasuh pinggan di dapur. Tapi tidak lama kemudian, senyap saja. Dia tidak dengar sebarang bunyi lagi. Fatimah pun tidak kembali ke ruang tamu.

Haji Osman cari isterinya itu di dapur, di bilik dan sekeliling rumah. Tidak ada. Mungkin ke rumah jiran-jirannya, juga tiada.

Di mana Fatimah?
Bersama dengan jiran-jiran lain, mereka mencari pula di Bukit Busut Licin, di hadapan rumah Osman. Fatimah yang berusia 73 tahun dan mula nyanyuk, sebelum itu sering ke Bukit Busut Licin kerana katanya, di situlah arwah ibunya tinggal. Fatimah selalu bercerita pada Haji Osman bahawa ibunya itu kini hidup dalam sebuah mahligai yang sangat indah. Arwah ibunya juga sering memanggil dan mengajaknya tinggal bersama.

Usaha mencari dilakukan dengan bantuan polis. Malangnya hinggalah ketika saya bertemu dengan Haji Osman pada 2003, Fatimah masih tidak dijumpai.

Gambar: X Mastika
Ke mana dia menghilang? Dua orang jiran Haji Osman, namanya Misah dan Zaiton memberitahu saya, mereka selalu terhidu haruman bunga kenanga dan minyak atar yang sering dipakai oleh Fatimah.

Selalunya, bau itu akan terhidu di ruang tamu, dapur, halaman dan tepi jalan tempat mereka sering berbual dengan Fatimah. Seolah-olah Fatimah ada di situ, tapi mereka tidak dapat melihatnya.

Ada juga penduduk yang lalu di hadapan rumah Haji Osman pada waktu malam terhidu bau minyak atar dan bunga kenanga.

Zaiton juga memberitahu saya, tidak tahu mengapa, Fatimah selalu muncul dalam mimpinya, memberitahu bahawa dia nampak Zaiton, tetapi Zaiton tidak dapat melihatnya. Seorang kanak-kanak pula pernah ternampak Fatimah di bawah sepohon pokok di kebun milik Haji Osman. Tapi hanya budak itu saja yang nampak.

Percayakah anda bahawa Fatimah sebenarnya masih hidup, tetapi telah berpindah alam?

Fatimah tidak dijumpai sehinggalah Haji Osman meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

Nanti sambung, saya ceritakan kisah lain pula.

Sumber: Zulkarnain Zakaria & X Mastika

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Kisah Misteri ‘Kehilangan’ Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya Apabila Didakwa Gh4ib Selepas Basuh Pinggan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*