“Saya terfikir, apa benda yang uncle ni buat? Dah buang tabiat agaknya..” – Mohd Faizal

Wujud lagikah orang macam uncle nie…

BAHAYA, itu yang boleh diperkatakan apabila melihat individu yang bertindak berdiri di tengah jalan yang sibuk. Namun, seorang warga emas seperti tidak mempedulikan bahaya yang mendatang apabila menc4ngkung di tengah jalan, di siang hari.

“Tadi masa aku jalan naik motor melalui Jalan Kuning di Taman Pelangi Johor Bahru, aku ternampak orang c4ngkung tengah jalan. “Bila aku perhatikan betul-betul seorang warga emas, uncle Cina tua yang menc4ngkung atas jalan sedang menimbus jalan-jalan yang berlubang di tengah jalan.

“Dari mana entah dia dapat tar-tar lebih dia kutip masuk dalam baldi yang dia bawa ke hulur hilir? Semoga Allah membalas jasa budi baik uncle ni!,” demikian perkongsian seorang pemuda di laman sosial Facebook yang menjadi tular.

Pemuda berkenaan, Mohd Faizal Abd Mahad berkata, kejadian berlaku semasa dia menunggang motosikal untuk membuat penghantaran makanan kepada pelanggan.

Seorang warga emas menaiki basikal selepas menampal jalan berlubang.

Lebih dikenali sebagai FaezBo, pemuda berusia 29 tahun itu memberitahu dia sering lalu di jalan tersebut kerana ia telah menjadi laluan utama oleh penduduk tempatan.

“Ketika itu saya menuruni bukit dan dari jauh nampak uncle Cina tu menc4ngkung di tengah jalan di laluan bertentangan.

“Saya terfikir, apa benda yang uncle ni buat? Dah buang tabiat agaknya, waktu tengah hari panas terik boleh pula dia menc4ngkung tengah jalan,” katanya kepada mStar.

Perkongsian FaezBo mengenai kemuliaan hati seorang’uncle Cina’ yang menjadi tular.

FaezBo berkata, kelakuan pelik uncle Cina itu membuatkan dia memberhentikan motosikalnya di tepi jalan selain bimbang warga emas itu dilanggar kenderaan lain.

“Bayangkanlah dia menc4ngkung di tengah jalan tak pandang kiri kanan. Tak ambil kisah pasal bahaya pun kalau ada kereta atau motosikal yang akan lalu lalang.

“Tapi bila saya nak datang dekat, uncle tu dah bangun pergi ke tepi jalan dan ambil basikal dia. Saya nampak ada dua baldi kecil di kiri kanan pemegang basikalnya.

“Bila saya pergi ke tengah jalan tempat uncle tu menc4ngkung, saya nampak ada beberapa kesan lubang yang sudah ditampal atau diturap dengan tar,” katanya.

Ada yang tegur uncle ni sebab apa yang dia membahayakan diri dia, tapi katanya ‘biar saya tutup lubang ni dulu, kalau tak… nanti kereta, motor lalu boleh accident, saya tak mau ada yang m4 ti’.
UNCLE CINA
Menurut FaezBo, warga emas tersebut kemudian beredar dan dia sempat melihat saki-baki tar di dalam kedua-dua baldi pada basikalnya.

Beberapa ‘tampalan’ di jalan yang dilakukan oleh seorang warga emas di atas inisiatifnya sendiri.

Dalam pada itu, anak jati Johor Bahru itu turut berkongsi pengalamannya nyaris terlibat dalam k3 malangan motosikal akibat melalui jalan tersebut yang berlubang.

“Februari lalu, saya hampir tergolek sebab terlanggar lubang di situ, mujur saya sempat mengelak. Tapi rakan saya tidak bernasib baik apabila terjatuh semasa melalui jalan yang sama pada akhir tahun lalu. Dia c3 dera dalam kejadian tu,” katanya.

FaezBo berkata, perkongsiannya turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut mengenali warga emas itu kerana menampal jalan berlubang di beberapa kawasan.

“Ramai juga yang nampak uncle ni mencangkung tengah jalan untuk tutup lubang walaupun terpaksa menggadaikan nyawa demi orang lain.

“Ada yang tegur uncle ni sebab apa yang dia membahayakan diri dia, tapi katanya ‘biar saya tutup lubang ni dulu, kalau tak… nanti kereta, motor lalu boleh accident, tak mau ada yang maa ti’. Terharu saya dengan kemuliaan uncle ni, semoga urusannya dipermudahkan,” katanya.

sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Saya terfikir, apa benda yang uncle ni buat? Dah buang tabiat agaknya..” – Mohd Faizal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*