Sengketa Aishah Dan Vida dah berakhir. Isu berlian palsu selesai dengan cara mediasi 

Alhamdulillah… isu berlian palsu akhirnya berjaya diselesaikan melalui mediasi. Tak sabar nak tahu apakah terma yang telah dipersetujui tu…

KEMELUT dakwaan hadiah berlian palsu yang diterima penyanyi Aishah daripada usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akhirnya menemui titik noktah. Menurut peguam yang mewakili Aishah, Muhammad Izwan Azmi, kes itu berjaya diselesaikan melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

“Mediasi berjaya diselesai dengan baik. Dalam erti kata lain tiada perbicaraan penuh akan berlangsung. “Cuma terma-terma yang dipersetujui itu saya belum boleh nak kongsi. Butiran selanjutnya akan dijelaskan kemudian.

“Pihak Aishah dan Datuk Vida telah merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan yang Arif,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan butiran lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Aishah meluahkan rasa syukur apabila mendapat pembelaan yang adil dalam perjuangannya sebagai anak seni.

“Takbir! Menusuk jiwaku… Allah, Allah, Allah, sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui perjalanan penuh berliku sebagai anak seni, dipuja dan dipuji.

“Tak kurang dicaci maki… Namun aku tetap aku, tak pernah nak ambil jalan singkat atau mudah untuk berjaya. Akhirnya boleh tidur lena selepas segala kekusutan bakal terjawab.

“Ini perjuangan untuk semua anak seni. Semoga kerjaya kita diiktiraf sebagai satu kerjaya yang profesional dan bukan sewenang-wenangnya diperlekehkan oleh sesiapa,” katanya.

Aishah menjadi juara Gegar Vaganza musim keempat.

Terdahulu, Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung rantai tersebut yang didakwa tidak bernilai dan bukan berlian asli yang diterimanya selepas menjuarai program GV4.

Perkara itu diketahuinya selepas dimaklumkan oleh pemilik kedai sebuah barangan kemas.

Antara posting yang dimuat naik Aishah.

sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Sengketa Aishah Dan Vida dah berakhir. Isu berlian palsu selesai dengan cara mediasi "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*