13 tahun menjadi peneman setia, kucing kesayangan sugul di sisi jen4zah tuannya

“Dia tak lalu makan & seakan mencari sesuatu yang hilang.” Ya Allah! Sebak tengok muka si comel tu 😭

Kucing merupakan haiwan yang sangat manja dengan manusia. Jadi, tidak hairanlah ramai yang memeliharanya dirumah dan dijadikan teman dikala sunyi. Sifatnya yang sukakan perhatian dan akrab dengan tuannya membuatkan kucing peliharaan tidak mahu berpisah dengan pemilik. Namun begitu, ajal dan maut adalah ketentuan daripada Maha Pencipta.

Tak berganjak dari sisi jenazah

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang gadis telah menceritakan perihal kucing peliharaan bapa saudaranya. Beberapa hari lepas, pak cik kepada pengguna laman sosial Twitter, Nuriylia Malek telah pergi menghadap Illahi. Apa yang menyedihkan, kucing peliharaan pak ciknya masih setia disisi jenazah dan kelihatan sugul.

13 tahun bersama tuannya

Kucing yang di beri nama Messi itu dikatakan sudah hampir 13 tahun hidup bersama-sama pakciknya. Ketika tuannya meninggal dunia, Messi terlihat sedih dan tidak lalu makan. Wajahnya jelas tergambar rasa sedih walaupun tidak mampu untuk meluahkan.

Macam mencari sesuatu

Melalui perbualan kumpulan WhatApps keluarga, Nurilya telah bertanyakan perkembangan terbaru Messi. Kelihatan dia sudah mahu makan namun masih terlihat sayu. Menurut salah seorang ahli keluarga gadis tersebut, Messi seakan mencari sesuatu yang hilang.

Semoga Messi boleh kembali ceria

Perkongsian Nurilya mengenai kucing peliharaan arwah pak ciknya itu benar-benar menyentuh hati warganet. Mereka telah menurunkan komen menzahirkan rasa sedih di ruangan Twitter milik gadis itu. Ada juga yang turut berkongsi kisah sama seperti yang terjadi oleh Messi.

Tolong peluk & belai dia sentiasa

Mata masuk habuk!

Ramai yang ada kisah sama

Muka masih sayu

 

Sumber : Nurilyamalek

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "13 tahun menjadi peneman setia, kucing kesayangan sugul di sisi jen4zah tuannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*