Rapat sejak dari kecil, 3 sahabat m4vt dalam perjalanan hendak pergi bercuti

Ya Allah! Tak dapat bayangkan bila seorang lagi tu sedar, kawan semua dah tiada. Salam takziah 😭

Malang tidak berbau. Itulah perumpamaan yang boleh dibuat menerusi kemalangan yang menimpa tiga sahabat yang tular sejak petang tadi. Persahabatan yang akrab antara tiga sekawan ini akhirnya menemui noktah apabila mereka maut bersama dalam kemalangan ngeri semalam semasa menuju ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Seorang parah di kepala

Mereka yang maut adalah Mohamad Syahidi, Khairul Amirin Tengku Kamarudin serta Mohamad Shazlimie Mohd Rosli, masing-masing berusia 24 tahun dan seorang lagi parah Mohd Shahrin Rashid, 23, apabila Perodua Myvi yang dinaiki oleh mereka bertembung dengan bas persiaran di Jalan Gerik-Baling.

Keadaan bas persiaran

Rapat sejak kecil
Menerusi Berita Harian, abang kepada salah seorang mangsa iaitu Mohamad Syahidi, Dr Mohamad Syafiq Ahmad Kamil memberitahu bahawa mereka bertiga termasuk seorang yang parah berkawan baik sejak kecil lagi.

“Adik saya berkawan baik terutama dengan dua rakannya yang juga maut itu, malah mereka bersekolah di sekolah sama sejak sekolah rendah dan menengah.”

Wajah seakan seiras


Muat naik berita tersebut di Facebook sumber telah mengejutkan warganet. Rata-rata mereka menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sahabat hingga akhir hayat

Takziah kepada keluarga mangsa

Sumber : Berita Harian / OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Rapat sejak dari kecil, 3 sahabat m4vt dalam perjalanan hendak pergi bercuti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*