Kalau Betullah Abby ‘Berisi’. Bekas Suami Luah Kata-Kata Ini Bila Abby Abadi Bagi ‘Hint’ Mengandvng

Ini respon Norman Hakim lepas tahu Abby Abadi sudah ‘berisi’..

Bekas suami pelakon Abby Abadi, Norman Hakim menyambut baik dan berkongsi kegembiraan seandainya desas-desus pelakon Gerak Khas itu kini berbadan dua.

Kata Norman, Abby dan suaminya, Muhammad Faizal Zakari aada menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata sendiri selepas mengambil anak angkat tahun lalu.

” Memang mereka ada nyatakan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri terutama Jai, jadi kita ramai-ramai doakan impian mereka termakbul.

” Sebagai individu yang rapat dengan keluarga mereka, saya tak ada hak untuk membuat apa-apa pengumuman bagi pihak mereka walau Abby merupakan ibu kepada anak-anak saya.

” Doakanlah yang terbaik buat mereka, ada rezeki ada,” katanya kepada Gempak.

Norman yang ditemui pada majlis sidang media program bual bicara Mingguan Wanita musim kedua di The Gardens Mall semalam memanjatkan rasa syukur seandainya khabar angin itu benar.

” Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat bertambah ahli keluarga kami. Sebab kita memang sangat rapat walaupun sudah bukan lagi suami isteri.

” Saya sentiasa mendoakan satu sama lain untuk kebaikan bersama. Kalau betul Abby ‘berisi’, Alhamdulillah,” tambahnya.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram rasmi Abby, pelakon berusia 42 tahun itu seakan-akan memberikan bayangan sedang berbadan dua memandangkan bakal menjalani rutin bulanan untuk pemeriksaan di sebuah klinik.

Berikut status yang dikongsi oleh Abby Abadi;

” ALHAMDULLILLAH TERIMA KASIH DR2 MUDA YG CANTIK MENAWAN NI LAYAN PESAKIT DGN SANGAT BAIK SEKALI. SANGAT SUKA DPT KENAL DGN DR2 YG BAIK BUDI NI. DAHLAH BAIK, CANTIK COMEL BERBUDI BAHASA PULAK TU

” SUAMI @JAIEZZANY BAWAK SY PERGI SCAN TADI. ALHAMDULLILLAH SYUKUR. NANTILAH SY CERITA YE, SEGAN NAK CERITA SKRG. AWAL LAGI HIHI… .

” UTK DR2 & ADIK2 DI KLINIK ANDA: JANGAN SERIK JUMPA SY SETIAP BULAN MULAI BULAN NI YE HEHE.

Dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat, suami Abby juga memanjatkan rasa syukur atas berita tersebut.

” Mengand0ng rupanya patut ler pening-pening hari tu. Tahniah abby sayang @abby_abadi112..”, tulis Zarina Zainuddin

Selain rakan selebriti, berikut komen yang ditinggalkan pengikut Abby Abadi;

” Take care Abby. Jgn lupa amik folic acid. Di samping bykkan berdoa. Welcome to the club, 40s mommies… yeayy..

” Alhamdulilah. Tahniah kak abby dan abang jai. Congratulations Abby. bestnyer ada Alhamdulillah..”

Pada 2017, Abby mendedahkan dia mengalami kegug0ran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: gempak / TV Lejen

Be the first to comment on "Kalau Betullah Abby ‘Berisi’. Bekas Suami Luah Kata-Kata Ini Bila Abby Abadi Bagi ‘Hint’ Mengandvng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*