Fuhh tudung dUCk pulak tu! Bestnya dapat kawan support macam ni 💖✨
Penampilan pelakon dan pengacara, Lisa Surihani yang berhijab, mendapat perhatian peminat dan ramai rakan artis serta selebriti. Antaranya pengasas dan usahawan FashionValet, Datin Vivy Yusof.
Penampilan Lisa yang kini berhijab menerima sokongan ramai peminat dan rakan-rakannya. Vivy telah membuat kejutan kepada ‘Malaysian sweetheart’ itu apabila menghadiahkan tudung dUCK sebagai tanda sokongan buat Lisa.
Perkara baik itu dikongsikan Lisa menerusi InstaStories di Instagram miliknya malam tadi.
“Balik dari kerja, Lisa amat terkejut bila mummy cakap Lisa banyak shopping. Rupa-rupanya ada kejutan dari sahabat Lisa, Vivy.
“Baiknya Vivy kerana membantu perjalanan spiritual Lisa. Dia menghadiahkan banyak scarf, syukur alhamdulillah,” ucap Lisa di dalam video tersebut.
Lisa yang sangat tersentuh dengan kebaikan hati Vivy, tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kerana memberikan hadiah yang sangat bermakna.
Perkongsian Lisa tentang hadiah yang diberikan Vivy
Lisa sangat terharu dengan kebaikan hati Vivy yang menyokong perjalanan spiritualnya
Vivy menunjukkan sokongan buat Lisa dengan menghadiahkan tudung dUCk
Malah Vivy sempat memberitahu kebaikan lain yang dilakukan Lisa, namun tidak diketahui ramai.
“I’m so proud of you. A gem of friend, this lady. Beautiful inside out and there are so many good things that she does that doesn’t tell the public,” tulis Vivy.
Lisa mula mengenakan hijab, selepas pulang dari menunaikan umrah pada pertengahan bulan ini. – MHE TV
Be the first to comment on "Vivy Yusof hadiahkan lebih sedozen tudung untuk Lisa Surihani"