Wahh! Cepat2 sihat sayang. Seluruh rakyat Malaysia menunggu kepulangan awak 😍😍
Bayi kesayangan Malaysia, Ainul Mardhiah masih lagi berada di London selepas pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya. Menurut perkembangan kesihatan yang kerap kali dimuat naik oleh ibu bapanya di laman sosial, bayi tersebut sudah semakin sihat.
Dah nak balik ke tu? Hari demi hari, ada sahaja perkembangan positif yang boleh membuatkan rakyat Malaysia tersenyum. Petang tadi, ibu Ainul iaitu Nurul Erwani telah berkongsi IG story mengenai bayangan yang mereka akan pulang ke Tanah Air tidak lama lagi. Hal ini kerana dia mengatakan sudah bersedia untuk mengemas barangan selepas hampir sebulan berada di London.
Ainul dah tambah berat. Nurul Erwani dan Ahmad Safiuddin juga dilihat sama-sama berkongsi wajah terbaru Ainul Mardhiah di laman sosial masing-masing. Mereka turut memberitahu bahawa berat badan anak kesayangan mereka semakin bertambah.
Alhamdulillah… Muat naik tersebut seperti biasa telah menjadi perhatian warganet untuk menurunkan komen. Mereka dilihat begitu teruja apabila Ainul semakin sihat dan boleh pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Rakyat Malaysia juga tidak putus mendoakan dan juga memberikan kiriman kata semangat kepada keluarga kecil ini.
Cepat2 balik Malaysia
Comelnya Ainul!
Cepat membesar anak solehah sayang
Salam sayang buat Ainul
Sumber : Ahmad Safiuddin, Nurul Erwani
Be the first to comment on "Ibu Ainul Mardhiah beri bayangan bakal balik Malaysia tak lama lagi, Harap bersabar"