“Ambil Dan Jaga Ayah Apabila Sudah Tua” – Ziana Zain Tak Mahu Anak-Anak Putus Hubvngan Dengan Bapa Kandvng

EMPAT tahun memegang status ibu tunggal, penyanyi Ziana Zain berkata dia sama sekali tidak melarang anak-anak meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka iaitu Armin Zaharin.

Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, dia mahu anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka.

“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang. Saya cakap dengan anak-anak saya nak hidup mereka ada keberkatan dari ayah dan juga ibu.

Ziana Zain bersama anak-anaknya.

“Saya tak nak anak-anak saya derhaka kepada ayah dia dan juga saya,” katanya.

Penyanyi lagu Madah Berhelah ini berkata demikian ketika di temu bual dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua di Astro Ria pada Sabtu.

Dalam rakaman itu, Ziana Zain juga dilihat sebak dan menitiskan air mata berkongsi kisah perjalanan hidupnya itu.

Dalam pada itu, Ziana juga memberitahu dia sudah meninggalkan pesanan kepada anak-anaknya agar menjaga bapa mereka itu apabila sudah tua kelak.

Malah, dia sama sekali tidak memarahi jika mereka mengambil tanggungjawab itu.

Ziana Zain bersama Neelofa dalam Next To Neelofa.

“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” katanya lagi.

Untuk rekod, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas tuduhan mencederakan anak lelakinya pada Mei 2018.

Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun itu berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 12 Julai 2018.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

SUMBER:mstar

Be the first to comment on "“Ambil Dan Jaga Ayah Apabila Sudah Tua” – Ziana Zain Tak Mahu Anak-Anak Putus Hubvngan Dengan Bapa Kandvng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*