Pada Usia 25 Tahun, Watak ‘Laila’ Dalam Kampung People Lonjakkan Nama Riena Diana

Pembawaan watak sebagai Laila dalam drama bersiri popular Kampung People yang dijayakan Riena Diana memang memberi kesan di hati penonton. Sejak drama tersebut ditayangkan, ramai yang mula mengenali pelakon cantik ini sekaligus berjaya melonj4kkan populariti anak kelahiran Selangor berkenaan.

PELAKON Riena Diana tidak menafikan sehingga ke hari ini peminat masih lagi memanggil dirinya sebagai Lailer biarpun drama Kampung People sudah lama menamatkan siarannya tahun lalu.

BAGI menjayakan watak gadis ‘bimbo’ dalam drama Kampung People, pelakon Riena Diana berkata dia menjadikan aktres Sharifah Sakinah dan personaliti media sosial King Coco sebagai rujukan.

Menurut Riena, dia menonton cara percakapan dan gerak tubuh dua personaliti tersebut menerusi Youtube bagi memastikan wataknya itu berjaya diterjemahkan dengan baik.

“Seminggu sebelum penggambaran, saya buat kajian dahulu mengenai watak gadis bernama Laila itu dan menonton cara percakapan King Coco sebagai rujukan.

“Saya tengok cara dia bercakap dan slang Inggeris yang digunakan, nak bagi nampak kelainan saya ubah sedikit cara pertuturan itu dengan menambah huruf S di belakang perkataan.

King Coco (kiri) dan Sharifah Sakinah (kanan).

“Selain itu, saya menonton lakonan Sharifah Sakinah yang kita tahu karakter ‘gila-gila’ padanya… selepas tiga hari penggambaran, saya sudah boleh bawa karakter gadis bimbo bercakap slang bahasa Inggeris itu dengan mudah,” katanya kepada mStar.

Pelakon yang dicvngkil bakatnya menerusi program Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL2017) ini berkata pada awalnya dia bimbang dengan penerimaan penonton.

Bagaimanapun, sangkaannya itu mel3set apabila rata-rata penonton memberi maklum balas positif selepas menonton drama tersebut.

“Alhamdulillah ramai suka dan saya boleh kata tiada langsung yang mengec4m cara pertuturan mat saleh itu, rata-ratanya terhibur dan rasa lucu dengan watak tersebut.

Pelakon utama drama Kampung People, dari kiri; Riena, Kamarul, Rashidi Ishak dan Elly Mazlein.

“Sebelum penggambaran, saya bimbang juga jika akan ada yang mengec4m tapi rupanya sangkaan saya salah. Penonton suka dan terbawa-bawa dengan slang dan watak bimbo Laila itu,” ujarnya.

Sementara itu, Riena berkata laman sosialnya turut dihujani dengan pelbagai komen pengikut yang mengajuk cara percakapannya sama seperti dalam watak tersebut.

“Kalau baca komen di laman sosial, memang ramai pengikut yang menulis dengan slang tersebut… ada juga yang minta saya bercakap macam itu bila sedang live di Instagram.

Riena dan Hun Haqeem.

“Sesekali guna slang begitu bolehlah, tapi kalau suruh cakap macam tu 24 jam rasanya saya pun naik melvat nanti… rasa ger4m pula kan?

“Apa-apa pun saya tak mar4h dan anggap watak itu diterima baik penonton dan telah menghiburkan semua,” katanya.

Menurut Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 25, dia berharap dapat move on daripada watak tersebut agar peminat dapat melihat pelbagai lagi karakter lain yang mampu dijiwainya selain daripada watak komedi.

Riena mula membintangi drama Kampung People bersama pelakon handalan lain termasuk Elly Mazlein, Rashidi Ishak dan Hun Haqeem pada tahun 2019. Terdahulu, dia pernah ber4ksi dalam beberapa drama dan telemovie.

Antaranya Dekat Jarak Kita, Nur, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin dan Cinta Buat Dara bersama Syafiq Kyle baru-baru ini.

Dilahirkan pada 3 September 1997, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal memulakan karier sebagai pelakon dan model.

Walau sibuk dengan jadual seni, minat Riena terhadap dunia lakonan cukup menebal dan difahamkan dia sedang sibuk menjalani penggambaran Kampung People Musim ketiga yang bakal ditayangkan pada November ini.

Selepas kejayaan drama Kampung People, Riena menerima tawaran sebagai Penyampai Radio HOT FM pada Februari 2021.

Namun pada Julai lepas, dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kerjaya tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada karier lakonan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

“Tengah shoot Kampung People, saya berhenti jadi penyampai radio sebab memang nak fokus berlakon. InshaAllah dicadangkan bulan 11 tapi tak pasti lagi. Saya harap sangat peminat Kampung People akan suka kali ini,”

Dalam pada itu, Riena yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik mended4hkan dia menerima kehadiran adik ketiganya pada Mac lalu yang diberi nama Fateema.

Meniti usia 25 tahun, Riena cukup teruja dengan kelahiran Fateema memandangkan dia sebelum ini hidup berdua dengan adik lelaki yang jarak usia hanya tiga tahun.

Terdahulu, Riena pernah berkongsi foto di samping bapa tersayang yang mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lepas.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Nona, mstar

Be the first to comment on "Pada Usia 25 Tahun, Watak ‘Laila’ Dalam Kampung People Lonjakkan Nama Riena Diana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*