Lama Setia Jaga Suami Terl4ntar Sampai Sihat, Kini Ayu Nak Fail Cer4i?

Lebih 91 hari terlantar koma sehinggalah turut hampir kehilangan ingatan, kisah seorang suami dijaga isteri bernama Siti Rohayu atau Ayu dahulunya pernah menjadi perhatian ramai.

Wanita itu setia bersama dan tidak pernah patah semangat untuk melihat pasangannya itu sembuh seperti sedia kala.

Siapa sangka kini wanita itu mampu tersenyum tatkala melihat Muhammad Ridhwan Mohd Zaki sudah pun hampir pulih sepenuhnya.

Malah, sempat tular sebelum ini rakaman ketika lelaki tersebut sakan bernyanyi membuktikan rasa sayang dan cintanya kepada isteri.

Walau bagaimanapun, tinjauan media sosial milik Ayu yang terkini sudah tidak ada lagi gambar atau video suaminya dikongsikan.

Menerusi satu posting di Facebook, Ayu sempat memuat naik status memberi bayangan seakan-akan dalam proses berpisah dengan pasangannya itu.

Jelasnya, meskipun berat namun dia akui sudah cukup penat fizikal dan mental untuk mempertahankan rumah tangganya.

Katanya, dia kini mahu mengutamakan anak-anak dan diri sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dan terkejut saat mengetahui perkembangan terbaru pasangan suami isteri berkenaan.

Dalam pada itu, ramai juga mendoakan semoga Ayu terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan dua zuriatnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

SUMBER:Kisah Dunia

Be the first to comment on "Lama Setia Jaga Suami Terl4ntar Sampai Sihat, Kini Ayu Nak Fail Cer4i?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*