[VIDEO]“Nak Sedih Tapi Tulah…”- Gelang Emas Anak Hilang Ketika Bercuti, Abby Abadi Minta Tolong Cari & Pulangkan

Tanpa sedar dan pantas. Itulah yang berlaku saat gelang emas anak kepada Abby Abadi did4kwa hilang sewaktu mereka berada di Dataran Pahlawan, Melaka kelmarin.

Cerita kembali kronologi kejadian tersebut, Abby memberitahu dia hanya menyedari rantai tangan yang dipakai anak angkatnya yang comel dengan panggilan Darda itu selepas menonton kembali video yang sempat dirakam.

“Kali terakhir sebelum nak masuk kereta di Dataran Pahlawan baru perasan gelang Darda dah tercicir (tu yang saya bulatkan tu). “Nak sedih.. tapi tulah.. tak terkata..

Masuk balik cari kat mana kami berjalan tadi.. “Makan last dekat Secret Recipe, ada ambil video.

Tengok balik, gelang Darda kiri kanan masih ada. Lepas pada tu, dah selesai semua dah.. berjalan lagi sebab saya nak pergi toilet.

“Sementara saya pergi toilet, suami masuk DIY, berjalan kawasan luar dekat situ. Darda pun berlari sana sini juga masa tu Adda jaga.

“Terakhir sekali berjalan nak ke parking, ambil gambar lagi dekat basikal tua yang ada dalam Dataran Pahlawan tu. Masa tu dah tak ada dah . Tapi tak perasan lagi..

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

“Dekat nak sampai kereta baru perasan tapi cari-cari tak jumpa.. sedih huhu,” ceritanya.

Abby yang juga ahli kumpulan Elite yang popular satu ketika dahulu bercerita perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) miliknya.

Pun begitu, Abby masih berharap agar rantai tangan anaknya dijumpai kembali dan minta agar sesiapa yang terjumpa agar memulangkan kepadanya kembali.

“Mana tahu ada yang jumpa minta mesej saya di IG ini. “Sian Darda nangis gelang dia hilang.. tapi tulah.. kalau ada rezeki insya-Allah jumpa balik,” pintanya. Difahamkan Abby sekeluarga ke Melaka untuk bercuti dan makan angin.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "[VIDEO]“Nak Sedih Tapi Tulah…”- Gelang Emas Anak Hilang Ketika Bercuti, Abby Abadi Minta Tolong Cari & Pulangkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*