Keluarga Azi rayu orang ramai jangan lemp4r tohm4han- “Ibu bapa kami uzvr…”

“Sudah lama kami sekeluarga tidak membaca berita mengenai kehil4ngan Azi menerusi media sos.ial kerana apa yang dipaparkan banyak yang tidak benar, sekali gus menambahkan k3se.dihan kami,” kata ahli keluarga Rosnazirah Mohd Naim yang juga ejen kosmetik yang dicu.lik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu.

Rosnazirah, 36, dilarikan tiga lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini, jam 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios.

Ahli keluarga itu yang enggan dikenali berkata, mereka hanya ingin mengetahui perkembangan mengenai keadaan terkini Rosnazirah atau mesra dipanggil Azi sahaja malah berhubung dengan po.lis pada setiap hari.

“Apa yang dipaparkan di media sos.ial banyak yang tidak benar dan ada kalanya, kami mengetahuinya daripada saudara yang memaklumkan berkaitan pelbagai keca.man serta toh.mahan yang dilemparkan.

“Kami adik-beradik seboleh-bolehnya tidak mahu berkongsi keca.man juga tohmahan itu dengan kedua ibu bapa memandangkan mereka sudah uzur, terutama ibu yang semakin lemah kerana menderita penyakit buah pinggang tahap lima.

“Ada juga berita yang memaparkan k3s cu.lik terdahulu yang sehingga kini ga.gal dik3san. Tetapi kami di pihak keluarga Azi enggan memikirkan hal itu, sebaliknya masih menaruh harapan yang tinggi agar Azi selamat dan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun kehil4ngan Azi sudah memasuki hari kelapan, mereka tetap menaruh harapan tinggi agar Azi ditemukan dengan selamat.

Katanya lagi, selain solat hajat, keluarga dan rakan juga berikhtiar dengan merujuk kepada pengamal perubatan Islam berkaitan keadaan terkini mang.sa.

“Ada beberapa ustaz memberitahu, Azi selamat cuma lokasi dia berada ga.gal ‘dilihat’. Walaupun ia sekadar jangkaan, sekurang-kurangnya ia sedikit-sebanyak melegakan hati keluarga,” katanya.

Berkaitan laporan keluarga wanita berkenaan menerima panggilan meminta wang tebusan RM10 juta, ahli keluarga itu menafikan dak.waan terbabit.

Katanya, jika benar mereka menerima panggilan berkaitan perkara itu, sudah pasti po.lis akan dimaklumkan terlebih dahulu.

Namun setakat ini, katanya, tiada yang menghubungi menyebabkan keluarga semakin tertekan dengan berita yang tidak benar itu.

“Semakin hari, semakin banyak berita tidak benar disiarkan yang menambahkan lagi k3sedihan kami. Kalau benar sekalipun ada terima panggilan itu, untuk menyediakan ratusan ribu ringgit pun kami tidak mampu, apatah lagi RM10 juta seperti yang dida.kwa.

“Jika tidak dapat mendoakan yang baik-baik, kami mohon janganlah membuat fit.nah dan menambahkan rasa sedih…tolong fikir keadaan kami,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM, Ohmedia

Be the first to comment on "Keluarga Azi rayu orang ramai jangan lemp4r tohm4han- “Ibu bapa kami uzvr…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*