Ahli Perniagaan Arab Saudi Rebah Dan Meningg4l Dvnia Sewaktu Berucap. Sempat Puji Presiden Mesir

Seorang ahli perniagaan Arab Saudi rebah secara tiba-tiba sebelum meningg4l dunia sewaktu berucap dalam sebuah persidangan di Kaherah, Mesir baru-baru ini, lapor News.com.au.

Ahli perniagaan itu, Muhammad Al-Qahtani merupakan pengerusi Lembaga Al-Salam Holding Company dan memegang beberapa jawatan kehormat lain sebagai duta muhibah dan menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau ketika itu sedang menghadiri Persidangan Arab-Afrika yang dijalankan di Kaherah yang turut dihadiri oleh wakil badan, organisasi antarabangsa serantau, duta-duta serta personaliti negara Arab lain.

Menurut Arabi21, pada awalnya beliau memberi ucapan yang bertajuk “Menyokong Pencapaian Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi” dan dalam masa sama, sempat memuji Presiden UAE, Mohammed bin Zayed.

Bagaimanapun semasa berucap tentangnya, Muhammad tiba-tiba rebah ke belakang dan terus terlentang di atas lantai. Suasana yang pada asalnya tenang terus bertukar menjadi kecoh.

Detik-detik Muhammad jatuh ke belakang dan tidak sedarkan diri ketika memberi ucapan itu sempat dirakam oleh beberapa individu yang berada di situ pada masa kejadian.

Sementara itu, seorang Youtuber Mesir, Abdullah Elshrif menulis bahawa Muhammad meninggal dunia selepas dibawa ke bilik lain oleh pengawal keselamatan di persidangan itu.

Bagaimanapun, punca kem4tian pengerusi syarikat lembaga itu masih tidak diketahui lagi sehingga kini.

Berita Muhammad yang tiba-tiba rebah semasa berucap memuji Fattah itu tular dan meraih perhatian ramai, khususnya warganet Mesir sendiri. Ia juga dilapor dalam beberapa agensi berita antarabangsa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: siakap keli

Be the first to comment on "Ahli Perniagaan Arab Saudi Rebah Dan Meningg4l Dvnia Sewaktu Berucap. Sempat Puji Presiden Mesir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*