[VIDEO] ‘Macam Kajol’- Netizen Puji Wajah Anak Perempuan Eira Syazira & Azad Jasmin

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti Eira Syazira dan Azad Jasmin, rumahtangga yang dibina kekal utuh dan bahagia apatah lagi diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan yang sangat cantik dan comel belaka.

Momen Manis Bersama Ameisya

Menjengah ke Instagram Eira dan Azad, pasangan merpati sejoli ini memuatnaik video percutian bersama keluarga. Di dalam video tersebut memaparkan rakaman saat bahagia Azad bersama anak perempuannya keduanya Ameisya Leann Rose.

Video yang dirakam Eira, membuatkan ibu kepada tiga cahaya mata ini meluahkan rasa bangga melihat jalinan kasih sayang antara suami dan anak perempuan mereka.

“Saat yang membanggakan itu. Kasih sayang antara ayah dan anak perempuan tiada batasnya. @azadsyaziraroses” Coret Eira

Cantik Macam Kajol

Melihat muatnaik yang dikongsikan Eira dan Azad di Instagram mereka, ramai yang memuji kecantikan semulajadi puteri kedua pasangan selebriti ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azad Jazmin (@azadsyaziraroses)

Rata-rata ramai yang memberi komen wajah Ameisya kelihatan seperti pelakon bollywood jelita iaitu Kajol, dan ada juga yang menyatakan wajah anak kedua pasangan ini saling tak tumpah seperti wajah Azad.

“Selamat pagi pak Azad, bawa Kajol kecil. Cantik anak pak Azad”

“Lawa sungguh lahai, muka hindustan ha”

“Lawa anak hindustan” komen warganet

via Instagram Eira Syazira

“Ameesha anak pak Azad, copy paste”

“Pan Asian face” komen mereka

“Cantiknya anak bollywood. Bapa macam Akshay Kumar.. Anak macam Kajol”

“Kajol kecil”

“Ya Allah Ameesha cantiknya.. Auntie dari Singapura sukalah tengok muka Ameesha macam Kajol..” komen mereka lagi

Untuk rekod, Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumahtangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Murai.my

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Macam Kajol’- Netizen Puji Wajah Anak Perempuan Eira Syazira & Azad Jasmin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*