[VIDEO] “Penceria kanak-kanak era 90-an” – Ramai Tak Sangka Beto Kusyairy Di Sebalik Maskot Along

Nampaknya selepas karakter Wahid hasil lakonan Beto Khusairy dalam filem Mat Kilau, nama pelakon ini kembali menjadi perhatian ramai. Diakui Beto Kusyairy antara pelakon yang cukup berbakat besar dan berilah apa juga watak buatnya pasti dapat dilakonkan dengan baik sekali.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna TikTok telah memuat naik satu video dengan paparan Beto Kusyairy di sebalik maskot Along. Maskot Along ini sangat popular dalam rancangan kanak-kanak sekitar 1990-an.

Disebabkan perkongsian ini telah membuatkan ramai tak sangka Beto Kusyairy di sebalik maskot Along tersebut. Memang sesuatu yang mengejutkan rupanya Beto memulakan kariernya dari bawah.

Dari situ perlahan-lahan naik dan diberikan kepercayaan untuk melakonkan watak dalam filem besar yang lain.  Berikut adalah perkongsian video tersebut:

Video:

@malaiqamiqail3 tahun 2001 umur saya 12 tahun terima kasih @beto kushairy pernah mehiburkan wants kecil saya..🥰🥰#along!#2001 ♬ original sound – beto kushairy

Perkongsian oleh pemilik akaun malaiqamiqail3 ini telah meraih lebih 125 ribu tontonan dan 6,994 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] “Penceria kanak-kanak era 90-an” – Ramai Tak Sangka Beto Kusyairy Di Sebalik Maskot Along"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*