Peminat Teruja Akhirnya Dapat Lihat Keluarga Ustaz Azhar Idrus, Anak UAI Kongsi Gambar keluarga Di TikTok

Ustaz Azhar Idrus lahir pada 12 Februari 1964 ialah seorang penceramah bebas Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan slanga Terengganu. Ustaz Azhar telah berkahwin dan mempunyai tiga isteri serta tujuh anak.

Baru-baru ini anak lelaki kepada Ustaz Azhar Idrus, Ikhwan Najmi telah memuat naik sebuah video yang berdurasi 24 saat di akaun Tiktoknya @ ikhwannajmi7 yang telah mendapat tontonan sebanyak 1.8 juta dan mendapat sukaan sebanyak 147,200 dan juga 878 komen.

Sebelum ini Ustaz Azhar Idrus jarang berkongsi gambar keluarganya kepada orang ramai. Ramai peminat UAI berasa teruja sekali kerana akhirnya dapat lihat keluarga besar UAI pada sambutan hari raya di rumah mereka itu.

Meninjau di halaman komen ramai warga net yang meminta anak kepada Ustaz Azhar Idrus untuk mengirimkan salam mereka kepada penceramah bebas itu. Ada juga mengatakan mereka sangat teringin untuk berjumpa dengan Ustaz Azhar Idrus kerana sangat meminati ceramah-ceramah beliau.

Sekadar info, dahulunya Ustaz seorang guru dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy” dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

@ikhwannajmi7

eid mubarak💜💫

♬ Seloka Hari Raya (Instrumental) – Various Artist – Instrumental Seloka Aidilfitri

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk menjadi artis rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik dan bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Telah menjadi rutin sewaktu masa lapang, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama kawan-kawan dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal. 

Komen Netizen:

Sumber: Tiktok & Ig Daebaking

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.vv.cappucinnolatte.com/

Be the first to comment on "Peminat Teruja Akhirnya Dapat Lihat Keluarga Ustaz Azhar Idrus, Anak UAI Kongsi Gambar keluarga Di TikTok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*